Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) hari ini telah mengumumkan senarai 34 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 di UAE pada bulan Jun nanti.
Pasukan yang dibimbing oleh jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-yong itu akan buat persiapan awal bermula pada 1 Mei 2021 untuk memastikan tahap fizikal dan mental pemain cukup bersedia.
Pelatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong, memanggil 34 pemain untuk mengikuti pemusatan latihan (TC) mulai 1 Mei 2021 sebagai persiapan menghadapi tiga pertandingan Kualifikasi Piala Dunia 2022 grup G di Uni Emirat Arab (UEA) bulan Juni mendatang. #KitaGaruda #MeraihImpian pic.twitter.com/0zcTb8E6Kn
— PSSI (@PSSI) April 26, 2021
Berdasarkan senarai tersebut, hanya seorang pemain dari Liga Malaysia telah terpilih menyertai skuad Indonesia iaitu Ryuji Utomo yang beraksi dengan pasukan Penang. Turut terpilih ialah pemain pinjaman JDT dalam kelab Newcastle Jets iaitu Syahrian Abimanyu.
Lebih mengejutkan, pemain sayap prolifik, Saddil Ramdani dari pasukan Sabah tidak terpilih walaupun beraksi cemerlang menjaringkan 3 gol serta melakukan 2 bantuan jaringan dalam saingan Liga Super musim ini.
Menyedari lawan yang dihadapi kali ini lebih kuat, Shin Tae-yong turut memanggil beberapa pemain dari luar negara seperti Asnawi Mangkualam (Ansan Greeners), Egy Maulana Vikri (Lechia Gdańsk), Witam Sulaeman (FK Radnik Surdulica) dan pemain dari kelab Thailand, Yanto Basna (PT Prachuap).
Skuad Garuda kini berada di kedudukan tercorot kumpulan G tanpa sebarang mata dan mereka dijadualkan menghadapi Thailand (3 Jun), Vietnam (7 Jun) dan UAE pada 11 Jun 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri
Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor
Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT