FIFA kini perlu membayar pampasan sangat tinggi kepada Al Hilal kerana kecederaan serius pemain kelab itu Neymar pada aksi minggu antarabangsa rasmi FIFA yang lalu.

Neymar mengalami kecederaan ACL ketika menentang Uruguay pada kelayakan Piala Dunia 2026. Dengan dia dijangka akan berehat sekitar 7 ke 10 bulan.

Neymar kelihatan menangis ketika dia terjatuh di atas padang. Memberikan isyarat ia bukan perkara yang bagus.

Neymar kini akan menjalani pembedahan dan berdepan tempoh yang panjang di luar perlawanan, dengan tempoh pemulihan biasa boleh mencecah 10 bulan berdasarkan disiplin pemain itu ketika pemulihan.

Neymar baru sahaja pulih daripada kecederaan buku lali dan terpaksa berehat sekali lagi.

 Al Hilal, yang membelanjakan £78 juta untuk menandatanganinya dari Paris Saint-Germain pada musim panas sedang menanti wang pampasan daripada FIFA.

Neymar menandatangani perjanjian dua tahun dan dikatakan memperoleh £138 juta setahun. Pasukan bimbingan Jorge Jesus itu berhak mendapat wang pampasan dari FIFA.

Sebagai sebahagian daripada Program Perlindungan Kelab yang dipersetujui dengan kelab-kelab, FIFA mesti membayar gaji pemain jika mereka mengalami kecederaan bermain untuk negara mereka dan disisihkan kerana kecederaan itu lebih daripada 28 hari.

Maksimum yang boleh mereka bayar ialah €7.5 juta (£6.5 juta) – angka yang ditentukan daripada pampasan “pro rata” harian sehingga €20,548 – dibayar tidak lebih daripada 365 hari.

Jelas sekali, jumlah pampasan FIFA itu jauh tidak setanding dengan apa yang diperoleh Neymar daripada kelabnya. Dia dibayar sekitar £10 juta sebulan.

Dengan kecederaan dia kemungkinan memerlukan pemulihan sehingga 10 bulan bermakna kelab itu membayar gajinya sekitar £100 juta dalam tempoh itu.

Sedangkan FIFA ada kadar maksimum cuma £6.5 juta sahaja.

Neymar sebelum ini terlepas empat perlawanan pertama Al Hilal musim ini kerana kecederaan otot dan kemudian menjaringkan satu gol dalam lima penampilan.

Memberikan komen tentang kecederaannya di Instagram, Neymar menulis: “Ia adalah masa yang sangat menyedihkan, paling teruk. Saya tahu saya kuat, tetapi kali ini saya akan lebih memerlukan keluarga dan rakan saya.”

“Bukan mudah untuk melalui kecederaan dan pembedahan, bayangkan melalui semuanya semula selepas empat bulan pemulihan.”