Pasukan Sri Pahang FC lebih berminat untuk mengambil khidmar ketua jurulatih dari luar negara bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini didedahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zinal Azam dimana sebelum ini Pahang ada mengadakan perjumpaan dengan bekas pengendali Felda United, Nidzam Jamil namun difahamkan skuad Tok Gajah lebih berminat untuk membawa masuk pengendali import.
Pahang sudah mengadakan perjumpaan dengan Nidzam Jamil untuk membincangkan tawaran jurulatih, namun difahamkan Pahang lebih berminat dengan jurulatih import.
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 9, 2020
Kedudukan ketua jurulatih sedia ada, Dollah Salleh menjadi tanda tanya dimana beliau belum pasti untuk kekal bersama Pahang musim hadapan. Perkara sama dengan pembantu Dollah, Ahmad Yusof yang masih menunggu isyarat daripada pengurusan pasukan.
Dollah membimbing Pahang menamatkan saingan Liga Super musim 2020 di tangga ke-8 meskipun kehilangan beberapa tonggak penting seperti Matthew Davies yang menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Mohamadou Sumareh yang berhijrah ke Thailand dengan menyertai Police Tero FC.
Selain kehilangan tonggak utama, Dollah juga berdepan masalah prestasi pemain import yang kurang memberangsangkan dimana Dickson Nwakaeme dan Ivan Carlos gagal menampilkan prestasi terbaik mereka sepanjang musim.
Bagi saingan musim 2021, setakat ini Pahang berjaya mendapatkan khidmat bekas ketua pasukan Terengganu FC, Lee Tuck bagi mengukuhkan jentera tengah pasukan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
FAM Sembah Maklum Perkembangan Terkini Ibu Pejabat Baharu Dan Pusat Latihan Kebangsaan Kepada Agong
TMJ Beri Bayangan Bola Sepak Akan Kembali, Kehadiran Penonton 10% Dari Kapasiti Stadium