Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengorak langkah ke hadapan apabila memperkenalkan aplikasi mudah alih untuk kemudahan para peminat setia skuad Tok Gajah.
Aplikasi mudah alih tersebut dibangunkan oleh syarikat teknologi dari Kuala Lumpur, Mirfalah Sdn. Bhd dengan kerjasama PBNP.
Ia dipasang dalam sebuah telefon pintar dan bertujuan untuk memudahkan penyokong Pahang membeli tiket perlawanan tanpa perlu beratur di kaunter Stadium Darul Makmur dalam semua perlawanan Liga Malaysia.
Selain itu, terdapat juga maklumat mengenai jadual perlawanan dan penjualan merchandise rasmi melalui aplikasi tersebut yang akan diperkenalkan kelak.
Pengurus Tok Gajah, Datuk Suffian Awang berkata, Pahang merupakan pasukan yang pertama dalam Liga Super yang mempunyai kemudahan tersebut dan digunakan untuk membantu membanteras “ulat tiket”.
“Aplikasi ini juga membuktikan bahawa kita sudah capai tahap lebih baik dari segi penggunaan teknologi.
“Sudah pasti ramai peminat Pahang akan berasa lebih mudah untuk mendapatkan tiket tanpa beratur panjang dan tanpa persoalan luar jangka termasuk membeli tiket daripada pihak tidak berkaitan,” katanya seperti dipetik dalam Arena Metro.
Difahamkan tiada lagi jualan tiket di kaunter apabila aplikasi ini digunakan sepenuhnya dan setiap penyokong juga dihadkan untuk membeli empat keping tiket sahaja.
Para peminat skuad Tok Gajah kini boleh muat turun aplikasi tersebut melalui google playstore (android) dan apple store (ios) serta mula melakukan pembelian tiket untuk perlawanan Liga Super menentang Selangor pada hari Sabtu ini.
Tinjauan VocketFC di media sosial mendapati ramai peminat bola sepak tempatan memberi reaksi yang positif dan berharap lebih banyak pasukan Liga Malaysia mempunyai kemudahan yang serupa di masa hadapan.
Baik giler apps dia! Goodjob pahang! https://t.co/3uE0N9h2tv
— MO SALAH (@RunningTheWing) February 24, 2020
@FCTerengganu bile nk buat ni? Padu ni kalu ad🔥🔥 https://t.co/xb2XTi9t7r
— lazca (@naufal_nuawi) February 24, 2020
Cantik, tapi background tuh lebih molek kalau pakai gambar sendiri. https://t.co/pnMQQoa5Op
— Iyzat Hamdan 🇲🇾 (@IyzatHamdan) February 24, 2020
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Pahang yang mungkin anda terlepas pandang.
Kedah Dan Pahang Berentap Di Pusingan Kedua Shopee Piala FA 2020
Pemain Pertahanan Juara AFC Cup 2019, Khalil Khamis Sertai Pasukan Pahang FA Musim 2020