Jordan Pickford dilaporkan berada dalam tengaj tengaj pergaduhan yang dianggap agak serius di sebuah pub di Tyneside.
Di mana dalam kejadian itu, seorang lelaki diserang sehingga patah hidung dan seorang lagi cedera dihempuk dengan telefon pintar selepas cuba merakam kejadian tersebut.
Difahamkan Pickford bengang kerana lelaki lelaki tersebut mengejeknya dengan menyebut bahawa tangannya pendek. Satu troll yang seringkali diterima Pickford daripada penyokong bola sepak.
Malah ramai penyokong menggelarkan Pickford sebagai T-rex kerana tangannya yang dikatakan pendek dan seringkali tak mampu menjangkau bola.
Someone took a T-Rex costume with the sole purpose of winding up Pickford – 😂 pic.twitter.com/ooC145ZY5E
— Prime Liverpool (@footiestatto) February 8, 2022
Rakan rakan Pickford tidak suka dengan ejekan itu bertindak menyerang lelaki lelaki tersebut.
Polis masih dalam siasatan dan mencari saksi kejadian. Tidak ada dinyatakan sama ada Pickford terlibat menyerang atau mencederakan mana mana individu.
Pickford dan rakan rakannya terus beredar daripada pub tersebut selepas pergaduhan itu.
Seorang pengunjung berkata: “Dia berterusan diejek sebaik sahaja masuk ke dalam pub tersebut. Mereka memanggilnya tangan pendek. Mereka [Pickford dan rakan rakannya] bahkan tak sempat minum sekalipun, kerana pergaduhan itu terus tercetus. Seorang patah hidung.”
“Pickford tidak mengalami sebarang kecederaan. Dia terus keluar dari pub itu sebaik sahaja pergaduhan itu tercetus, kemudian barulah polis tiba.”
One Newcastle fan brought in a T-Rex costume to taunt Jordan Pickford last night…
🦖 pic.twitter.com/8vzrIf5IVE
— Footy Accumulators (@FootyAccums) February 9, 2022
Polis cawangan Northumbria mengesahkan bahawa mereka menerima laporan tentang kejadian pergaduhan di pub Beggar’s Bridge itu.
Polis dalam kenyataan mereka menyatakan bahawa siasatan masih dijalankan. Mereka cuma difahamkan ada berlaku pergaduhan di antara dua kumpulan.
Pastinya insiden ini akan membuatkan Gareth Southgate geleng kepala. Sebelum ini Mason Greenwood ditahan kerana kes pukul dan serangan seksual ke atas teman wanitanya.
Kemudian Jack Grealish pulai diviralkan kerana keluar mabuk mabuk dari pub. Membuatkan Guardiola memberikan amaran kepada pemain itu untuk menjaga disiplinnya di dalam dan di luar padang.
Dan sekarang, Jordan Pickford pula buat hal. Dan pastinya Southgate berharap penjaga gol itu tidak terlibat langsung dalam membantai orang di dalam pub.
Jordan Pickford 'T-rex' taunts lead to pub brawl in front of Everton starhttps://t.co/waoowlwXAm pic.twitter.com/ds9f3KzTgk
— Mirror Football (@MirrorFootball) February 14, 2022