Bekas pemain tengah Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil umum persaraan daripada bola sepak pada usia 34 tahun.
Pemain antarabangsa Jerman dengan 92 kaps dan pemenang Piala Dunia 2014 itu pernah bermain untuk Istanbul Basaksehir di Turki, tetapi dia kini telah membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya.
Menurutnya, masa sudah tiba untuk dia menutup kariernya selepas kecederaan menghadkan dia kepada hanya lapan penampilan musim ini.
Mesut Ozil seringkali dianggap antara playmaker terbaik dalam generasinya. Dia meninggalkan Arsenal pada 2021 setelah tidak disenangi bos Mikel Arteta, menyertai Fenerbahce dengan kontrak selama 18 bulan sehingga musim panas lalu.
Ozil kemudian memutuskan untuk umum persaraan beliau daripada sukan yang dia sangat sukai.
Dia menulis di media sosial: “Hello semua, selepas pertimbangan yang sebaiknya, saya mengumumkan persaraan serta-merta saya daripada bola sepak profesional.”
“Saya mempunyai keistimewaan untuk menjadi pemain bola sepak profesional selama hampir 17 tahun sekarang dan saya berasa amat bersyukur dengan peluang itu. ”
Thank you ❤️ pic.twitter.com/Aqr4pB5SI2
— Mesut Özil (@M10) March 22, 2023
“Tetapi dalam beberapa minggu dan bulan kebelakangan ini, setelah juga mengalami beberapa kecederaan, semakin jelas bahawa sudah tiba masanya untuk meninggalkan bola sepak peringkat tertinggi.”
“Ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan yang dipenuhi dengan detik dan emosi yang tidak dapat dilupakan. ”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab saya – Schalke, Werder Bremen, Real Madrid, Arsenal, Fenerbahce, Basaksehir dan jurulatih yang menyokong saya, serta rakan sepasukan yang telah menjadi kawan.”
“Terima kasih khas mesti ditujukan kepada ahli keluarga saya dan rakan terdekat saya.”
“Mereka telah menjadi sebahagian daripada perjalanan saya dari hari pertama dan telah memberi saya begitu banyak kasih sayang dan sokongan, melalui masa senang dan susah,” kata Ozil.