Playmaker Jerman dan Arsenal, Mesut Ozil sekali lagi menyindir musuh utama Arsenal iaitu Tottenham Hotspur.

Dalam satu sesi Ask Meust di Twitter, seorang peminat bertanya, sama ada Ozil sanggup bermain untuk Spurs ataupun lebih rela bersara?

Ozil dengan ‘jahatnya’ menjawab: “Jika saya tak nak menang piala, [maka] saya patut pergi ke sana.”

Kenyataan banter Ozil itu membuatkan ramai peminat Arsenal tergelak mendengarnya.

Dan sudah pastinya bagi peminat Spurs itu bukan sesuatu yang kelakar. Mereka malah menyatakan Ozil seperti lintah yang menyedut darah di Arsenal.

Dengan gajinya yang besar, dia hanya duduk di bangku simpanan dan menolak untuk berpindah ke kelab lain yang tidak mampu membayar gaji yang sama dengan dia dapat di Arsenal.

Ada juga yang menyatakan, Spurs tidak bodoh untuk membayar £350,000 seminggu untuk seorang pemanas bangku simpanan.

https://twitter.com/qnqndq/status/1304077290968498176

Mesut Ozil tiba di Emirates tujuh tahun lalu dari Real Madrid. Beliau sudah membantu kelab itu menjuarai tiga Piala FA ketika berada di utara London.

Namun prestasi Mesut Ozil dalam dua musim terakhir ini mebuatkan segelintir peminat Arsenal kecewa dengannya.

Ozil malah tidak beraksi langsung selepas liga disambung semula setelah diganting kerana covid-19.

Ozil dianggap salah seorang playmaker terbaik dalam generasinya ketika berada di prestasi kemuncak.

Beliau sudah sedia untuk kembali semula bangkit pada musim yang akan datang.

Baca juga perkembangan lain

Sah! Perpindahan Coutinho Ke Arsenal Tidak Akan Menjadi Kenyataan Kali Ini

RASMI: Sandro Tonali Bangga Jadi Nombor 8 Baru Milan, Sudah Minta Izin Gattuso Terlebih Dahulu

Willian: Kalau Saya Tahu Thiago Silva Ke Chelsea, Saya Akan Terus Kekal Di Sana