Norwich City rasminya kembali semula ke EPL untuk musim hadapan. Hanya semusim selepas mereka tersingkir ke liga kejuaraan.
Pasukan bimbingan Daniel Farke itu masih belum turun beraksi pada aksi minggu ini ketika mereka disahkan naik pangkat ke divisyen tertinggi Inggeris.
Ini kerana kegagalan Brentford dan Swansea mencatatkan kemenangan dalam aksi mereka yang sudah berakhir.
Sifir untuk Norwich adalah, jika kedua dua pasukan tersebut gagal menang maka mereka akan mara.
Norwich kini berada di tangga teratas carta liga dengan 8 mata di atas Watford. Norwich tidak akan melalui fasa play off untuk mara.
Norwich setakat ini mencatatkan 27 kemenangan 9 seri dan 5 kalah.
Berita kepulangan semula Norwich ke EPL itu diraikan dengan girang peminat mereka.
🔥 𝗠𝗜𝗦𝗦𝗜𝗢𝗡 𝗔𝗖𝗖𝗢𝗠𝗣𝗟𝗜𝗦𝗛𝗘𝗗! 🔥 pic.twitter.com/KVFTziVyKV
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) April 17, 2021
Kejayaan mereka mengekalkan bintang seperti Teemu Pukki, Todd Cantwell dan Buendia ternyata memberikan pulangan yang baik kepada kelab.
— Norwich City FC (@NorwichCityFC) April 17, 2021
Syabas kepada Norwich City di atas kepulangan semula ke EPL.
Baca juga artikel
[VIDEO] Pengadil Berikan Peluang Pemain Liga Turki Berbuka Puasa Di Dalam Padang