Esok skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan penting menentang Indonesia pada kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiga mata penuh diburu bagi memastikan peluang skuad negara untuk merebut tiket automatik ke Piala Asia 2023 cerah melalui kedudukan naib juara terbaik kumpulan.

Bagaimanapun, Malaysia akan beraksi tanpa khidmat penyerang utama, Syafiq Ahmad yang digantung satu perlawanan akibat pengumpulan dua kad kuning dan posisi tersebut dijangka akan diisi oleh penyerang berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha atau digelar sebagai Mat Yo.

Mengulas mengenai aksi esok, Mat Yo menyifatkan skuad Indonesia kali ini berbeza dan tidak boleh dipandang rendah oleh rakan sepasukannya.

“Untuk saya, moral pasukan agak baik selepas kita menewaskan Tajikistan (pada aksi persahabatan) dan Thailand (pada pusingan kelayakan), cuma pemain tidak harus terlalu yakin untuk perlawanan esok.

“Indonesia merupakan salah satu pasukan yang agak kuat, dan kita perlu berjaga-jaga, dan sekiranya kita memberi tumpuan penuh sepanjang perlawanan malam esok, Insya-Allah kita akan berjaya,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.

77027916_2509029849193764_2237995827450609664_o
FOTO: FAM

Pada tahun lepas, Mat Yo merupakan watak penting yang membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala AFF dan beliau juga merupakan penjaring kedua terbanyak kejohanan itu dengan 5 gol dibelakang Adisak Kraisorn (8 gol).

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Tan Cheng Hoe Ambil Langkah Waspada Bertemu Indonesia

Pesan Tan Cheng Hoe Supaya Pemain Beri Fokus 100%, Elak Gangguan Luaran Yang Mampu Jejaskan Pasukan

Sumber