Sehari menjelang ‘laga’ panas diantara Malaysia dan Indonesia dalam pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil esok, ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe menjelaskan beliau mahu memastikan Malaysia meneruskan momentum positif dari 2 perlawanan sebelum ini.

Perlawanan esok juga merupakan perlawanan terakhir skuad Harimau Malaya untuk tahun 2019 ini, dan Tan Cheng Hoe turut akan berwaspada dimana skuad Indonesia kali ini adalah berbeza berbanding ketika menewaskan mereka di Stadium Gelora Bung Karno September lalu.

“Esok adalah satu perlawanan yang berbeza, separuh dari pasukan mereka adalah pemain baru serta jurularih baru. Mereka juga telah berada di Kuala Lumpur sejak dari minggu lepas dan ini menunjukkan mereka begitu serius dengan perlawanan ini.

photo_2019-11-18_14-28-33

“Sebagai jurulatih saya menasihatkan pemain-pemain saya untuk kekal memberikan fokus untuk perlawanan yang penting seperti ini bertemu Indonesia.

Menjawab pertanyaan ketiadaan Matt Davies dan Syafiq Ahmad, Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pemain itu adalah cukup penting kepada pasukan.

“Memang kita tahu terutamanya dalam perlawanan bertemu Thailand, walaupun Syafiq Ahmad tidak menjaringkan gol, namun beliau menunjukan satu komitmen tinggi dan larian-larian yang begitu efektif dari beliau sememangnya memberikan impak besar.

“Bagi Matt Davies pula, beliau beraksi baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan akibat penggantungan kad kuning, kita terpaksa mencari pengganti untuk posisi tersebut.

TCH1

Menurut Tan Cheng Hoe lagi, tekanan akan dialami oleh pemain-pemain dalam mana-mana perlawanan dan beliau sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada pemain bagaimana untuk mengawal perasaan tersebut.

“Saya sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada pemain-pemain supaya setiap pemain memberikan tumpuan 100% dalam latihan, dan pastinya teamwork adalah sangat penting untuk kita capai kejayaan.

Tan Cheng Hoe turut berpesan kepada pemain Malaysia dimana beliau berharap pemain-pemain akan faham situasi tersebut dan tahu bagaimana untuk mengawal keadaan kerana sedikit gangguan dari luaran akan menyebabkan kita dibolosi gol atau kita hilang fokus untuk menjaringkan gol.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Yeyen Tumena: Pemain Tiada Masalah Hadapi Tekanan Dari Penyokong Tuan Rumah

Mantan Wasit Liga 1 Akan Pimpin Pertandingan Malaysia Vs Indonesia