Seorang bekas penjaga gol beberapa pasukan dalam saingan Liga Malaysia tidak lama dahulu, Norhadi Ubaidillah, kini sudah menamatkan karier bola sepak beliau dan memulakan hidup baru selepas kecederaan serius tidak mengizinkannya untuk terus beraksi diatas padang.

Berasal dari Bachok, Kelantan, Norhadi Ubaidillah kini sudah bergelar Penolong Jurutera di Majlis Daerah Besut, Terengganu menceritakan bagaimana beliau terpaksa bersara lebih awal walaupun masih mempunyai minat untuk terus bermain tetapi kecederaan paru-paru yang dialami selepas bertembung dengan penyerang Kanada ketika beraksi bersama skuad Malaysia dalam kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) 2011.

norhadi ubaidillah

Norhadi Ubaidillah menjelaskan pada awalnya, beliau masih berkeras untuk meneruskan karier bola sepaknya walaupun sudah dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti bermain kerana paru-parunya tidak akan dapat pulih seperti sediakala.

Patah Rusuk Dan Paru-Paru Lebam Berikan Kesan Kepada Kecergasan, Pernah Pengsan Ketika Latihan

“Saya mengalami kecederaan lebam paru-paru dan patah tulang rusuk. Doktor Halim, pakar dari Institut Sukan Negara telah menasihatkan saya untuk berhenti bermain bola kerana kecederaan paru-paru yang dialami tidak akan pulih sepenuhnya.”

norhadi ubaidillah

“Tapi saya tetap bermain juga untuk beberapa tahun selepas itu. Dan memang benar seperti yang dikatakan oleh Doktor Halim, kecederaan itu menyebabkan pernafasan dan kandungan oksigen dalam tubuh tidak seperti biasa, dan memberi kesan kepada kecergasan saya.”

Norhadi Ubaidillah juga turut menceritakan bahawa kecederaan itu telah meninggalkan kesan parut dalam paru-paru dan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

“Kadang-kadang ketika sesi latihan, saya merasa pening kepala dan mengalami sesak nafas dan pernah juga pengsan!”

Bola Sepak Bukan Lagi Karier, Penuhi Impian Arwah Abah

Menurut Norhadi lagi, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik di UiTM Pulau Pinang sebelum menamatkan pengajian diperingkat sarjana muda dalam bidang yang sama di UiTM Shah Alam.

Beliau cuba untuk kembali bangkit bagi meneruskan karier dalam bola sepak namun bukan rezekinya bukan disitu lagi.

10458370_878149582202014_4819228759868851400_n

“Saya cuba untuk naik balik, tapi Allah punya ketentuan, Dia tak bagi rezeki ikut bola. Dibukakan pintu rezeki lain pula untuk saya. Alhamdulilah.”

Norhadi Ubaidillah berjaya menamatkan pengajian diperingkat Ijazah Sarjana Muda ketika menjalani rawatan pemulihan di Institut Sukan Negara (ISN).

Selain itu, Norhadi turut memberitahu bahawa arwah abahnya sangat mengimpikan beliau untuk bergelar seorang jurutera suatu hari nanti, dan ianya menjadi kenyataan sekarang.

Pendidikan Untuk Pemain Bola Sepak Malaysia Adalah Cukup Penting

Apabila diajukan soalan mengenai pendidikan terutamanya dalam konteks sebagai pemain bola sepak, Norhadi Ubaidillah memberikan pendapat peribadi beliau sebagai bekas pemain dan juga pemegang segulung ijazah, serta bagaimana taraf pendidikan yang beliau miliki mampu memberikan satu ‘life-line‘ untuk masa depan beliau.

“Bagi Hadi, pelajaran tersangatlah penting terutama dengan keadaan dunia bola sepak moden sekarang yang memang memerlukan daya pemikiran dan juga tahap kreativiti yang tinggi.”

942698_593717843986160_1350504603_n

“Akademik akan melatih kita supaya berfikir dengan lebih kreatif dan tersusun untuk menyelesaikan setiap masalah.”

“Bila kita ‘combine‘ akademik dan bola sepak, akan lahir satu generasi bola sepak yang hebat di Malaysia!”

Sambil memberikan contoh pemain Manchester United, Marcus Rashford yang memiliki ijazah sarjana muda, Norhadi menjelaskan kreativiti dan kepantasan berfikir serta membuat keputusan akan lebih bagus dalam mengikuti arahan taktikal jurulatih.

Mengakhiri sesi temubual, Norhadi turut memberikan nasihat kepada pemain-pemain bola sepak generasi baharu terutamanya supaya belajar bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama bermain bola sepak dengan sepenuh hati.

“Yang terakhir, tahap bola sepak di Malaysia masih lagi tidak menjamin masa depan pemain dan apa sahaja perkara boleh berlaku seperti isu tunggakan gaji dan sebagainya.”

“Jadi, untuk adik-adik generasi baharu, belajarlah bersungguh-sungguh dan dalam masa yang sama bermainlah bola sepak dengan sepenuh hati.”