Bekas penyerang pasukan Kelantan, Norfarhan Muhammad menegaskan bekas majikannya itu bersalah sepenuhnya dalam kes tuntutan bekas pemain import, Cassio De Jesus.

Menerusi laman media Facebooknya, Farhan berkata sikap Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang berdiam serta mementingkan diri sendiri ketika pemain bersedia untuk mengadakan perbincangan nyata membawa padah.

“Sepenuhnya salah KAFA. Semasa pemain memberi kelonggaran dan bertolak ansur dengan KAFA, mereka hanya mementingkan diri sendiri, walaupun pemain sanggup mengurangkan bayaran.

“Apabila perkara seperti ini berlaku, mereka takut dan meminta derma. Apa fungi orang dalam KAFA itu sendiri? Minta orang dalam persatuan untuk derma dahulu,” kata Farhan.

Norfarhan turut menegaskan satu-satunya individu yang layak untuk memimpin KAFA ialah bekas Presiden iaitu Tan Sri Annuar Musa.

Norfarhan
Bekas Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Meskipun ketika zaman pemerintahan Tan Sri Annuar KAFA turut berdepan dengan masalah tunggakan gaji, namun Farhan menjelaskan mereka masih mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan budi bicara.

Akhir sekali, pemain yang pernah membantu Kelantan memenangi kejuaraan Liga Super itu meminta agar KAFA dibubarkan.

Sebelum ini, Cassio yang beraksi selama dua musim bersama Kelantan memfailkan tuntutan sebesar RM629,620.28 terhadap bekas majikannya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Piya: Shakir Shaari Mudahkan Kerja Saya Diatas Padang, Aura Safiq Rahim Dalam Skuad Malaysia Memang Gila!

Adisak Kraisorn Mahu Beraksi Di Liga Malaysia Sebelum Bersara

Asmirul Anuar Umum Peruntukan RM2 Juta Untuk Langsaikan Tunggakan Gaji Pemain Kedah