Bekas pemain Terengganu FC, Nor Hakim Hassan pada hari ini mengesahkan beliau tidak lagi menyarung jersi pasukan Perak bagi menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim depan.
Menurut kenyataan di laman instagram miliknya, beliau mengakui banyak pengalaman berguna yang diperolehi sepanjang 2 tahun bersama Perak sambil memberi penghargaan kepada jurulatih dan rakan sepasukan.
”Saya di sini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Perak, jurulatih Mehmed Durakovic dan rakan-rakan saya selama dua tahun saya bersama Perak.
”Saya juga ingin memohon ampun jikalau ada yang saya tersilap cakap atau gurau senda yang membuat kalian semua terasa selama dua tahun ini.
”Banyak pengalaman yang saya dapat dapat selama dua tahun bersama Perak. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Pengalaman yang tak akan saya dapat lupakan,” tulisnya.
Hakim yang membantu Perak menjulang trofi Piala Malaysia pada tahun 2018 dikhabarkan bakal menyertai sebuah pasukan yang bertempat di kawasan lembah klang musim depan.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Tiada Lagi Kelibat Saddil Ramdani Dan Zubir Azmi Dalam Skuad Tok Gajah Musim Depan