Jodoh bekas pemain skuad kebangsaan, Amri Yahyah bersama pasukan Selangor berakhir apabila pemain itu dikhabarkan telah meninggalkan The Red Giants menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Perkara ini disuarakan oleh isteri Amri menerusi satu post di media sosial Instagram dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana banyak memberi kerjasama sepanjang Amri beraksi bersama pasukan itu.
“Kepada yangg sentiasa menyokong saya dari bermulanya kerjaya saya sebagai seorang pemain bola sepak hinggalah ke saat ini, terima kasih. Sokongan anda semua akan saya abadikan sebagai kenangan terindah. .
Pada ‘peminat gelap’ saya, kerana anda saya masih ada disini. Terima kasih atas segala kata-kata ‘pemberi semangat’ anda,” kata Amri.
Nama Amri Yahyah sendiri bukanlah satu nama asing bagi pasukan Selangor. Mula menyarung jersi Merah Kuning pada 2011 hingga 2013, Amri dianggap sebagai seorang legenda dan sentiasa menjadi pujaan. Meskipun pernah beraksi bersama Johor Darul Ta’zim pada 2014 hingga 2016 dan Melaka United pada 2017 sebelum kembali ke pasukan Lembah Klang itu pada pertengahan musim, namun Amri masih menjadi sosok yang disayangi oleh penyokong Selangor.
Masih belum diketahui sama ada Amri bakal menggantung but atau menyertai pasukan lain pada saingan musim hadapan. Sudah menginjak usia 38 tahun, Amri dilihat masih mampu untuk menyumbangkan sesuatu terhadap pasukan lain dalam Liga Malaysia.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
Faiz Nasir Antara 8 Pemain Yang Sah Meninggalkan Pasukan Selangor
Taylor Regan Dan Sean Eugene Selvaraj Kekal Bersama Selangor