Setelah mengumumkan empat pemain iaitu Khairulazhan, M.Thamil Maran, Ashmawi Yakin dan A.Namathevan kekal bersama pasukan musim hadapan, dua lagi pemain iaitu Taylor Regan serta Sean Eugene Selvaraj turut mendapat lanjutan kontrak bagi terus beraksi bersama Selangor musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi laman media sosial rasmi pasukan hari ini. Menurut FAS, prestasi yang ditampilkan oleh kedua-dua pemain musim ini membuatkan badan itu memberikan kontrak lanjutan.

“Pemain tinggi lampai dari Australia ini juga adalah pemain yang telah membuat penampilan terbanyak bersama pasukan Selangor pada musim ini iaitu sebanyak 30 kali.

“Taylor Regan sering diperkatakan mengenai kualiti tandukkan dan hantaran jauh yang dimilikinya. Selain menjadi nadi utama benteng pertahanan Selangor, beliau turut menjaringkan dua gol musim ini ketika perlawanan menentang Perak (Liga super) dan PDRM (Piala Malaysia).

“Manakala pemain muda Selangor, Sean Selvaraj yang masih mempunyai baki kontrak bersama pasukan Red Giants turut dikekalkan bagi saingan musim 2020.

Taylor Regan
Sumber Gambar: Asiana.my

“Sepanjang musim 2019, beliau telah menjaringkan dua gol ketika menentang Melaka dalam saingan Liga Super. Lebih manis, salah satu dari jaringan itu telah menjadi gol kemenangan bagi perlawanan tersebut. Sean juga telah membuat 26 penampilan bersama Selangor untuk musim ini,” kata FAS.

FAS dijangka membuat lebih banyak pengumuman mengenai pemain yang dikekalkan dan juga pemain baharu yang dibawa masuk pada bulan November serta Disember.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor yang telah kami sediakan di sini:

Khairulazhan Kekal Bersama Selangor Musim Hadapan

Selangor Destinasi Baharu Brendan Gan?

B.Satianathan Kekal Kendalikan Selangor Musim Hadapan