Pasukan Selangor terpaksa melupakan khidmat pemain yang baru ditandatangani, Nor Hakim Hassan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2020 apabila pemain itu dikhabarkan mengalami kecederaan ligamen lutut atau Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Kecederaan yang dialami oleh Nor Hakim ini dimaklumkan oleh ketua jurulatih Selangor, B.Satianathan. Namun, masih belum jelas sama ada bekas pemain Perak itu mengalami kecederaan ACL ketika sesi latihan ataupun perlawanan pra musim.

https://twitter.com/zulhilmibzainal/status/1216917624023482373?s=20

Nor Hakim Hassan menjadi pemain kedua yang mengalami kecederaan ACL dalam tempoh dua tahun dimana musim lalu seorang lagi pemain sayap yang baru sahaja ditandatangani, Wan Zack Haikal tidak dapat beraksi sepanjang musim 2019 setelah cedera ketika beraksi dalam satu perlawanan pra musim.

Perkara ini sekaligus membangkitkan persoalan di kalangan peminat serta pemerhati bola sepak tanah air sama ada kecederaan tersebut dialami kerana rejim latihan yang dikendalikan oleh Satia ataupun permukaan padang yang dijadikan sebagai pusat latihan pasukan Selangor.

Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:

Selangor Bersedia Hadapi Kejohanan Asia Challenge Cup 2020

Kedah Dan Selangor Masih Belum Setaraf Johor Darul Ta’zim

Liga Malaysia 2020: Asraruddin Putra Omar Kembali Sertai Selangor?