Penantian penyokong Selangor untuk melihat aksi pemain sayap lincah, Nik Sharif Haseefy di atas padang bakal berakhir apabila beliau disahkan akan menyertai sesi latihan pasukan pada penghujung bulan ini atau awal bulan Mei 2021.
Pemain yang berusia 23 tahun itu belum melakukan penampilan sulung dalam saingan Liga Malaysia musim ini kerana mengalami kecederaan di buku lali kirinya semasa menjalani latihan pramusim.
Menurut kenyataan rasmi daripada Selangor FC (SFC), Nik Sharif kini sedang dalam proses untuk meningkatkan tahap kecergasannya dan sudah mula menjalani latihan ringan.
“Nik Sharif telah selesai menjalani tempoh rawatan dengan sempurna pada bulan Mac yang lalu dan beliau sekarang sedang melakukan sesi meningkatkan kekuatan (strenghtening) selain sudah mula berlari untuk mengembalikan kecergasan.
“Beliau dijangka kembali berlatih bersama pasukan utama pada penghujung bulan ini atau pada bulan awal Mei ini,” kata kenyataan itu.
💊 Nik Sharif Haseefy
💊 Wan Zack Haikal
💊 Halim Saari
💊 Tim HeubachPerkembangan terkini tentang senarai kecederaan Gergasi Merah tersedia di sini: https://t.co/91hAw9kC3U#KitaAdalahSatu#85Years#CreatingALegacy pic.twitter.com/MHsdt1b3kI
— Selangor FC (@selangorfc) April 15, 2021
Nik Sharif sebelum ini menjadi bualan peminat bola sepak tempatan selepas mempamerkan prestasi menakjubkan dengan menjaringkan 3 gol serta 2 assist dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super bersama pasukan Pahang pada musim 2020.
Pencapaian hebat tersebut telah menarik minat Selangor untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan.
Selain Nik Sharif, tiga lagi pemain Selangor masih menjalani proses pemulihan iaitu Halim Saari, Wan Zack Haikal dan yang terbaru Tim Heubach mengalami kecederaan jangka masa panjang untuk musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Nik Sharif melalui pautan dibawah.
Fasiliti Lengkap Antara Sebab Utama Nik Sharif Pilih Sertai Selangor
3 Gol Dalam 3 Perlawanan, Nik Sharif Mula Jadi Bualan Peminat Bola Sepak Tempatan
Tewaskan Kedah, Dollah Kagum Dengan Semangat Pemain Muda Pahang