Rentak kemenangan skuad Helang Merah terhenti apabila mereka tewas 1-2 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur dalam aksi CIMB Liga Super semalam.
Malah, kekalahan Kedah juga turut memudahkan laluan JDT untuk muncul sebagai juara buat kali ketujuh berturut-turut selepas dipisahkan 6 mata daripada pencabar terdekat.
Bagaimanapun, Kedah masih berpeluang untuk merebut kedudukan naib juara Liga Super yang menawarkan slot ke AFC Cup 2021 dengan syarat mereka mengutip 3 mata penuh dalam baki dua perlawanan.
Dalam perlawanan menentang Pahang semalam, skuad kendalian Aidil Shahrin Sahak itu terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui penyerang import berbisa, Tchetche Kipre melalui satu gerakan counter-attack pada minit ke-15.
Gol itu terhasil apabila penjaga gol Pahang, Helmi Eliza gagal mengenalpasti kedudukan bola sekaligus terlepas ke gawang sendiri.
15' | GOL KIPRE!@official_kfa membuka tirai jaringan di Stadium Darul Makmur menerusi jaringan Tchetche Kipre.#CIMBLigaSuper2020#PHGKED#MFLLive pic.twitter.com/EaUB8TTIzT
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 26, 2020
Tersentak dengan jaringan tersebut, Pahang kembali mengatur gerakan dan mereka memperolehi 2 peluang keemasan yang gagal disudahkan dengan baik.
Namun, usaha mereka mengandakan asakan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang import dari Filipina, Adam Reed merembat masuk bola tepisan penjaga gol pelawat untuk gol penyamaan pada minit ke-40.
40' | GOL ADAM REED! @officialpahang menyamakan kedudukan menerusi jaringan Adam Reed. #CIMBLigaSuper2020#PHGKED#MFLLive pic.twitter.com/JSq8tkbhuY
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 26, 2020
Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama tetapi jaringan penyamaan itu turut membangkitkan semangat pemain Pahang untuk mempamerkan aksi yang lebih baik pada separuh masa kedua.
Sebaik sahaja pengadil meniup wisel babak kedua bermula, Pahang terus melancarkan serangan pantas menerusi kelicikan Faisal Halim lalu disudahkan oleh pemain muda, Nik Sharif Haseefy pada minit ke-46.
46' | GOL NIK SHARIF!@officialpahang menambah jaringan kedua menerusi Nik Sharif Haseefy.#CIMBLigaSuper2020#PHGKED#MFLLive pic.twitter.com/UEIAnOqSMR
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 26, 2020
Mengulas mengenai perlawanan itu, pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui sangat gembira dengan prestasi pemain dan beliau tidak menjangka para pemain terutamanya pemain muda mempamerkan aksi mantap menentang Kedah.
“Itu yang sebenarnya saya bangga dengan pemain-pemain. Mereka telah tunjukkan satu semangat yang saya sendiri pun tak jangka.
“Kita sebenarnya menguasai permainan dalam separuh masa pertama cuma kita ada buat kesilapan. Itu yang Kedah dapat menjaringkan gol tetapi rata-rata saya memang berpuas hati,” katanya selepas tamat perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan
Pusat Latihan Berbumbung Milik The Red Warriors Bakal Dibina Dengan Bajet RM10 Juta
JDT Pasukan Pertama Di Malaysia Abadikan Nama Pemain Di Tempat Duduk Stadium