Pemain muda yang sedang meningkat naik, Nik Sharif Haseefy hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada skuad tok gajah sekaligus mengesahkan beliau akan berhijrah menyertai pasukan baharu pada musim depan.
Pemain yang berusia 23 tahun itu mula menjadi bualan peminat bola sepak tempatan sejak bulan lalu selepas mempamerkan prestasi menakjubkan dengan menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan akhir Liga Super musim ini.
Difahamkan Nik Sharif telah mendapat tawaran daripada Selangor dan ini kali pertama beliau beraksi dengan pasukan negeri lain.
“Keputusan yang sangat sukar untuk saya lakukan. Sejujurnya saya amat tidak percaya saya akan lakukan keputusan untuk berhijrah dari negeri kelahiran saya secepat ini tapi apakan daya saya hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang.
“Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pahang kerana negeri ini adalah landasan untuk saya terus maju ke hadapan. Terima kasih coach Dollah, barisan kejurulatihan dan staff pahang fa yang selama ini banyak membantu saya dalam karier saya dalam bolasepak,” tulis Nik melalui laman instagramnya.
Selain Nik Sharif, Pahang turut kehilangan khidmat Faisal Halim yang memilih untuk menyertai pasukan lain pada musim depan.
Namun setakat ini, belum diketahui siapakah pemain baharu yang bakal menggantikan tempat dua pemain ini dalam skuad tok gajah musim depan selepas mereka turut kehilangan Mohamadou Sumareh yang menyertai kelab Thailand.
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga tempatan melalui pautan dibawah.
Selangor Kekalkan Ifedayo Olesegun, Bakal Dapatkan Pemain Import Dari Eropah