Bekas ketua jurulatih Felda United, Nidzam Jamil menyifatkan bekas pemain skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah sebagai pemain pertahanan terbaik.
Nidzam berkata demikian dimana beliau mengulas persaraan Norhafiz dari dunia bola sepak profesional setelah dua dekad beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
Respect, ball playing centreback yg lahir dizaman bola Malaysia sponser Dunhill, Nokia 8210 tu IPhone 12,dan ketika Proton Satria GTi tu hampir sama level dengan Mustang. Dia memang sangat bagus.Mendahului zaman. https://t.co/ObxnkB9jRI
— Nidzam Jamil (@nidzamjamil) January 13, 2021
Nidzam Jamil pernah berhadapan dengan Norhafiz ketika kedua-dua bekas pemain ini menyarung jersi Selangor dan Negeri Sembilan pada awal 2000an.
Norhafiz disifatkan sebagai salah satu pemain pertahanan tengah terbaik negara dan beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan domestik selain pernah beraksi di pentas tertinggi bersama pasukan negara.
Selamat bersara, Angah. Terima kasih atas segala bakti dan keringat ketika bersama Negeri Sembilan.
Semoga berjaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi.#NSFC2021#HobinJangHobin pic.twitter.com/4nu5frxo8U
— Negeri Sembilan Football Club (@nsfc1923) January 13, 2021
Negeri Sembilan turut memberikan penghargaan mereka terhadap khidmat Norhafiz selama beraksi bersama pasukan itu menerusi laman media sosial rasmi pasukan.
Bersama Negeri Sembilan, Norhafiz membantu pasukan itu muncul sebagai juara Piala FA pada 2003 selain trofi Piala Malaysia pada 2011 dan Piala Sumbangsih pada 2012.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Norhafiz Zamani Misbah Bersara Dari Dunia Bola Sepak Profesional
FAM Arah Kelantan Bayar Tunggakan Gaji Kepada 11 Pemain Tempatan Berjumlah Lebih RM180,000