Neymar membuat satu lagi kenyataan panas selepas meninggalkan PSG dan kali ini tentang kualiti Liga Perancis atau Ligue 1 berbanding dengan kualiti liga Arab Saudi.
Baca Juga:
- Al-Hilal Berikan Layanan Seperti Raja Kepada Neymar
- RASMI: Neymar Jr Sertai Al Hilal, Gaji RM1.62 Billion Tanpa Cukai
- Here We Go: Neymar Sertai Al Hilal
Neymar dipanggil untuk tugasan antarabangsa Brazil walaupun pemain itu masih belum bermain sebarang perlawanan untuk Al Hilal kerana kecederaaan.
Neymar mempertahankan tindakan pengurus Brazil memanggilnya dan menegaskan sebenarnya dia sudah cergas untuk bermain dalam aksi terakhir Al Hilal sebelum ini.
Namun dia mengalami sedikit kesakitan ketika latihan terakhir dan pengurus merehatkannya lagi.
Kini dia benar benar bersedia untuk beraksi bersama Brazil.
Bercakap tentang Liga Arab Saudi, Neymar kini menyindir kualiti Ligue 1 atau Liga Perancis. Liga yang seringkali berada sebagai liga utama Eropah – merujuk lepada 5 liga pada ranking tertinggi di Eropah berdasarkan ranking coefficient.
Neymar berkata: “Saya boleh berikan kamu jaminan bola sepak di Arab Saudi sama sahaja dengan bola sepak di tempat lain. Bola masih bulat, ada tiang gol.”
“Dan jika kamu tengok nama nama bintang yang pergi ke Liga Arab Saudi, saya sekarang pun keliru, sama ada Liga Arab Saudi lebih baik daripada Liga Perancis atau sebaliknya.”
Neymar said that the Saudi Pro League might already be better than Ligue 1 😮 pic.twitter.com/tGqUdgZWlt
— ESPN FC (@ESPNFC) September 7, 2023
Beberapa bulan lalu, Cristiano Ronaldo menyatakan bahawa dalam beberapa tahun lagi, Liga Pro Saudi akan mengatasi kualiti beberpa liga di Eropah termasuk Belanda dan Turki.
Neymar turut memberitahu dia mahu memenangi trofi bersama Al Hilal.
“Saya nak memenangi banyak trofi bersama Al Hilal. Fikiran saya tak banyak berubah. Semua orang kata benda yang sama [tentang cabaran getir untuk memenangi trofi] ketika saya pergi ke Perancis, tempat yang saya menikmati sebahagian besar kegemilangan dalam karier saya.”
“Saya yakin Liga Saudi tak akan menjadi mudah, pasukan lain pun semakin kuat, ada pemain pemain yang terkena. Ianya akan menjadi sangat menarik. Dan saya yakin anda semua akan menonton Liga Saudi selepas ini.”