Newcastle United mencipta sejarah mara ke final pertandingan piala buat pertama kali sejak 1999. Di mana ketika itu mereka beraksi di final Piala FA.

Kejayaan itu terhasil selepas mereka menang 2-1 ke atas Southampton pada aksi separuh akhir kedua yang sengit.

Penyokong Newcastle akhirnya akan menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di Stadium Wembley yang ikonik.

Newcastle menang tipis 1-0 pada aksi separuh akhir pertama. Namun pada aksi separuh akhir kedua, skuad bimbingan Eddie Howe berjaya menghasilkan 2 gol pada 21 minit pertama di hadapan penyokong sendiri.

Kedua dua gol adalah hasil jaringan Sean Longstaf pada minit ke-5 dan minit ke-21.

Southampton berjaya mengurangkan defisit pada separuh masa kedua menerusi Che Adams. NamuĀ  Newcastle tidak mahu melepaskan peluang terbaik mereka untuk mara ke Wembley dengan skor agregat 3-1.

Newcastle meneruskan prestasi cemerlang mereka pada musim ini. Mereka dalam persaingan untuk ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan.

Dan kini berpeluang untuk memenangi trofi pertama mereka di bawah pemilikan Saudi.

Newcastle mencatatkan kemenangan ke-15 mereka pada musim ini dalam 27 perlawanan dalam semua pertandingan.

Ianya adalah rekod kemenangan ke-15 terpantas dicapai mereka dalam pentas tertinggi sejak 2001-02 dengan 24 perlawanan.

Sebagai rekod, kali terakhir Newcastle berjaya mara ke final Piala Liga Inggeris adalah pada 1976, jarak 47 tahun lamanya.

Adakah akhirnya Newcastle akan menamatkan kemarau kejuaraan piala mereka?

Berdasarkan prestasi semasa, mereka memiliki semangat dan keyakinan tersendiri akan melakukannya.