Spekulasi baharu sedang bertiup kencang mengenai masa depan Marc-Andre ter Stegen. Penjaga gol Barcelona itu dilaporkan kini berada dalam radar perpindahan Newcastle United.

Masa depan Ter Stegen sebelum ini tidak ada masalah. Kerana pemain itu dilihat selesa bermai di sana. Barcelona pada masa yang sama masih bergantung kepada khidmat beliau sejak pemain itu menyertai mereka pada 2014.

Namun begitu, situasi kewangan semasa Barcelona membuatkan pemain itu antara pemain yang boleh dijual oleh Barca jika ada tawaran yang lumayan.

Barcelona tidak pernah menolak sebarang kemungkinan akan melepaskan mana mana bintang mereka.

Gerard Moreno melaporkan bahawa, selain Ter Stegen, Frenkie De Jong dan juga Sergino Dest turut berada dalam senarai pemain untuk dibida pasukan lain.

Newcastle dalam misi untuk menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan. Sudah bersedia untuk berbelanja seawal Januari ini.

Newcastle dikatakan mahu menjadikan penjaga gol sebagai asas kepada era baharu di Newcastle.

Dengan sokongan dana yang kuat daripad PIF, pasukan tersebut memiliki kemampuan untuk membeli pemain bintang dengan tawaran gaji yang tinggi.

Newcastle benar-benar serius untuk menandatangani ter Stegen. Mereka bersedia membayar mahal untuk penjaga gol menjadi milik mereka.

Ter Stegen sendiri baru sahaja menandatangani kontrak baharu. Dia masih ada baki kontrak sehingga 2023.

Newcastle sedia membayar €55 juta untuk mendapatkan khidmat penjaga gol asal Jerman itu.

Pada pasaran semasa, harga tersebut mungkin akan melonjak lagi jika Barcelona tertarik untuk berunding dengan Newcastle.

Selain daripada Ter Stegen beberapa nama lain dikaitkan dengan Newcastle termasuk Jesse Lingard dari Manchester United.