Wartawan bola sepak terkemuka, Pete O’Rourke telah menyuarakan kerisauan beliau tentang situasi di Newcastle United.
Di mana menurut Rourke, Newcastle kemungkinan besar akan gagal melantik pengarah sukan menjelang perpindahan pada Januari akan datang.
Newcastle sudah bersedia berbelanja besar bermula Januari hadapan selepas pengambilalihan oleh PIF.
Namun Rourke menegaskan bahawa, tanpa Pengarah Sukan, Newcastla pasti akan sukar untuk menandatangani pemain yang tepat serta gagal berunding dengan lebih lancar.
Terdapat laporan sebelum ini menyatakan bahawa Newcastle berminat mendapatkan bekas Pengarah Sukan Chelsea, Michael Emenalo untuk mengisi jawatan tersebut.
Emenalo sebelum ini pernah menjawat jawatan itu di Chelsea.
Newcastle pasti sedar bahara, jawatan pengarah sukan sangat penting. Ini selepas kegagalan mereka memuktamadkan rundingan dengan Unai Emery yang menjadi pilihan utama mereka.
Unai Emery dan Newcastle sudah berada di fasa akhir rundingan. Namun tiba tiba pengurus asal Sepanyol itu menarik diri dan mengesahkan dia kekal di Villarreal.
Peter O’Rourke berkata: “Jika kamu gagal mendapatkan pengarah sukan dan cuba mahu berurusan dalam jendela perpindaha terutama sekali pada Januari [yang rumit] – ini harus menjadi perkara yang lebih merisaukan Toon Army.”
“Mereka sekarang tiada pakar dalam membantu mereka untuk berhadapan dengan jendela perpindahan Januari yang biasanya lebih rumit. Ini adalah situasi yang sangat sukar.”
Apakah tugasan Pengarah Sukan? Dan kenapa jawatan ini penting?
Pengarah Sukan dianggap jawatan paling penting pada era bola sepak moden. Di mana pasukan pasukan ternama di dunia akan melantik individu yang pakar dalam membantu rekrut pemain.
Bagi kelab seperti Newcastle, ianya lebih mustahak, kerana pemilik baharu mereka tidak ada pengalaman dalam menguruskan bola sepak.
Seterusnya, mereka baru sahaja melantik pengurus yang tidak mempunyai rekod ataupun pengaruh yang kuat di jendela perpindahan – iaitu Eddie Howe.
Situasi lebih rumit kerana pada Januari, adalah peluang terakhir Newcastle untuk cuba menambahkan kualiti pasukan bagi menyelamatkan diri mereka daripada tersingkir.
Selain itu, tidak banyak kelab yang mahu kehilangan pemain pada Januari terutama sekali pemain bintang.
Kemudiannya, Newcastle harus bekerja berdasarkan garis panduan FFP.