Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur (KL City) hari ini mengumumkan Nenad Bacina sebagai pembantu jurulatih kepada Bojan Hodak dalam saingan Liga Malaysia 2021.
Bacina bukanlah nama asing bagi peminat bola sepak tempatan kerana beliau sebelum ini menjadi pembantu jurulatih skuad Malaysia bawah 19 tahun dan mencipta kejayaan menjuarai Piala AFF B-19 di Indonesia.
We are pleased to announce the signing of Nenad Bacina as Assistant Coach. Nenad needs no introduction to Malaysian football with successful stints alongside Coach Bojan Hodak at JDT, Penang & Malaysia U-19. Welcome onboard, Coach! #KLCityFC #PrideofKL #morethanaclub pic.twitter.com/vCARgSFxmm
— Kuala Lumpur City Football Club (@KLCityFootball) April 12, 2021
Beliau juga sangat mengenali corak permainan Liga Malaysia kerana pernah menjadi pembantu jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyaksikan Harimau Selatan menjulang kejuaraan Liga Super pertama mereka.
Pada tahun 2016, pengendali dari Croatia itu membimbing Pulau Pinang dan Bojan Hodak bertindak sebagai ketua pegawai operasi pasukan.
Kehadiran Bacina dalam skuad Kuala Lumpur adalah untuk membantu Hodak mempelbagaikan taktikal dan membentuk barisan pemain yang mantap bagi mencapai sasaran kedudukan lima teratas Liga Super.
Berbekalkan pengalamannya selaku bekas pemain dan jurulatih dalam saingan Liga Singapura dan Liga Malaysia, Bacina turut sinonim dengan bola sepak rantau Asia Tenggara.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Pusat Latihan PDRM FC Kini Dilengkapi Bilik Persalinan Pemain Dan Pejabat Pentadbiran
Kurniawan Gembira Sabah Curi Satu Mata Penting Bertemu Penang
Kerteh FC Berjaya Jual 350 ‘Joyah’ Dalam 5 Hari, Jana Pendapatan 4 Angka Dari Produk SME Tempatan