Penyokong yang hadir di Stadium Bukit Jalil petang tadi pulang hampa apabila perlawanan terakhir AFC U16 Championship Kumpulan A, ditunda akibat cuaca buruk.
Berdasarkan pemerhatian, jelas sebab sebenar adalah kerana UM Arena yang menjadi venue perlawanan diantara Tajikistan bertemu Thailand digenangi air akibat hujan lebat kira-kira jam 3 petang tadi.
Oleh kerana perlawanan terakhir peringkat kumpulan perlu dijalankan serentak bagi mengelakkan sebarang manipulasi keputusan perlawanan, AFC mengambil keutusan untuk menunda kedua-dua perlawanan tersebut pada pagi esok jam 11 pagi.
Untuk perlawanan esok, penyokong dibenarkan masuk secara percuma menurut kemaskini dari Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq.
Match ditangguhkan ke esok 11am, entry ke stadium Bukit Jalil PERCUMA.
Ini kerana perlawanan di antara Tajikistan-Thailand di PJ tak dapat dijalankan serentak kerana hujan lebat dan padang tak boleh digunakan. Both matches must be played together.
Esok free, datang ramai2! pic.twitter.com/yuTsgGvmjd
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) September 26, 2018
“Justeru, selepas dua tangguhan masa disebabkan keadaaan cuaca di UM Arena, Pegawai Pertandingan AFC mengambil keputusan menangguhkan kedua-dua perlawanan hari ini untuk dilangsungkan serentak jam 11.00 pagi esok memandangkan terdapat dua perlawanan terakhir Kumpulan B akan berlangsung serentak jam 4.30 petang esok dan dua perlawanan terakhir Kumpulan C berlangsung serentak jam 8.45 malam esok,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Nasib Pemegang Tiket Hari Ini Menjadi Tanda Tanya
Ramai penyokong yang hadir pada hari ini tertanya-tanya apakah nasib mereka berkenaan tiket yang sudah dibeli untuk perlawanan hari ini kerana jika esok dibuka secara percuma untuk semua orang maka ramai yang sudah membeli merasa kerugian.
Sehingga kini, masih tiada jawapan spesifik samada masuk percuma itu adalah untuk pemegang tiket hari ini ataupun untuk semua yang hadir pada perlawnan esok.