Julian Nagelsmann seolah olah menganggap Bundesliga akan menjadi taman permainan untuk pemain seperti Harry Kane.
Penyerang itu masih belum melanjutkan kontrak baharu dengan Spurs. Dia mulai dikaitkan dengan Bayern Munich selepas mereka melepaskan Robert Lewandowski ke Barcelona.
Kane dianggap pengganti yang sangat ideal kerana gaya permainan adalah sama dengan Lewandowski.
Sebelum ini Oliver Kahn sudah menyatakan bahawa dia tidak menolak kemungkinan untuk mendapatkan Harry Kane jika ada peluang.
Dan hasrat itu diulangi oleh Julian Nagelsmann. Cuma kedua dua mereka bersetuju bahawa halangan terbesar adalah faktor harga. Kane pastinya akan diletakkan tanda harga yang sangat mahal oleh Spurs.
Nagelsmann berakata: “Kane terlalu mahal. Itu masalahnya, namun dia adalah pemain yang sangat hebat. Salah seorang penyerang terbaik di dunia, mungkin ada dua atau tiga penyerang yang benar benar boleh bermain di penyerang tengah.”
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini dia tidak begitu bermain di penyerang tengah. Dia turun ke bawah sedikit di posisi no.10. Dan dia boleh bermain peranan no.10 juga.”
“Sangat kuat, bagus dalam menggunakan kepalanya. Dia kemungkinan boleh menjaringkan banyak gol di Bundesliga. Namun sangat sukar untuk Bayern Munich mendapatkannya. Kita akan tengok apa yang bakal berlaku di masa akan datang.”
Sebelum itu, CEO Bayern Oliver Kahn berkata: “Dia masih ada kontrak dengan Tottenham. Sudah tentunya, dia pemain yang berkelas dunia. Namun itu semua hanya impian kami di masa akan datang [untuk memilikinya].”
Jelas sekali Bayern Munich akan cuba membida Harry Kane pada musim akan datang. Kerana ketika itu dia akan memasuki tahun terakhir kontrak semasanya.
Kapten antarabangsa England itu masih ada kontrak sehingga 2024. Kane mungkin akan berminat untuk ke Bayern. Kelab yang menjanjikannya lebih peluang untuk memenangi trofi.