Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain mengakui beliau mahu menggunakan khidmat lima pemain import dalam setiap perlawanan Liga Malaysia dan memberi bayangan akan ada pemain import baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua musim ini.
Bercakap ketika sidang media selepas perlawanan menentang Selangor semalam, Nafuzi tidak menafikan khabar angin yang mengatakan bekas pemain, Sanjar Shaakhmedov bakal kembali menyertai kelab Pantai Timur itu.
“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan Sanjar Shaakhmedov walaupun beliau sudah kembali ke Uzbekistan. Dia selalu bertanya mengenai perkembangan pasukan dan mungkin sebab itu namanya disebut.
“Kita akan mengkaji semula pasukan yang mana kita tahun ramai yang sedang menyiapkan pasukan masing-masing bagi menghadapi saingan pusingan kedua. Kita juga perlu berbincang dengan pengurusan.
“Sebagai ketua jurulatih, saya mahu memakai lima pemain import. Dari perlawanan pertama sampai sekarang kita hanya memakai empat pemain sambil meminjam pemain dari TFC II.
“Saya rasa kalau memakai lima pemain import, prestasi pasukan mungkin lebih baik,” kata Nafuzi.
Terengganu tidak mengisi kuota pemain import Asia bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Selain itu, Nafuzi kehilangan beberapa pemain di bahagian tengah seperti Azalinullah Alias dan Petrus Shitembi yang terpaksa berehat lama akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL). Jadi pemain baharu diperlukan bagi memperkuatkan bahagian tengah.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Nafuzi Zain: Kualiti Permainan Terjejas Kerana Permukaan Padang
TERKINI: Rizal Ali Umum Peletakan Jawatan Sebagai CEO Perak FC