Ketua jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain menegaskan kualiti permainan yang ditampilkan pasukannya sedikit terjejas ekoran permukaan padang Stadium MBPJ yang kurang memuaskan pada aksi menentang Selangor semalam.

Menurut Nafuzi, sukar untuk menampilkan kualiti permainan yang baik kerana permukaan padang yang tidak rata sekaligus becak disebabkan hujan sebelum perlawanan berlangsung.

Zain
Sumber Gambar: MFL

“20 minit pertama kita lebih baik dari Selangor dimana kita bermain dengan cara kita serta mencipta peluang. Sebelum wisel separuh masa pertama, Selangor kemudiannya mengawal permainan.

“Dari segi moral pemain mungkin sedikit terjejas tambahan pula kita beraksi di atas permukaan padang (tidak rata). Ini baru kali pertama Terengganu beraksi di padang yang macam ni.

“Kualiti permainan untuk kita menampilkan aksi yang menarik pun terjejas disebabkan faktor padang. Namun pemain gantian beraksi dengan baik dimana ada jaringan dihasilkan dan kemudiannya mengubah perlawanan,” kata Nafuzi Zain pada sidang media selepas perlawanan.

Ifedayo terlebih dahulu membuka tirai jaringan bagi Selangor dimana beliau menyempurnakan sepakan penalti pada awal separuh masa kedua.

Terengganu bangkit pada 20 minit terakhir sebelum perlawanan tamat menerusi jaringan Engku Muhammad Nur Shakir pada minit ke-72 dan Carli de Murga pada minit ke-87.

Kemenangan ke atas Selangor melonjakkan Terengganu ke kedudukan ke-2 dengan tiga mata dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala Selangor kekal di tangga kelima dengan perolehan 19 kata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TERKINI: Rizal Ali Umum Peletakan Jawatan Sebagai CEO Perak FC

Import Baharu Sri Pahang Buat Perak Terus ‘Derita’

Azmil Azali: Sertai Kelab Serba Lengkap, Shahrul Saad Akan Terus Meningkat