Presiden Federasi Bola Sepak Myanmar (MFF), Zaw Zaw mengumumkan badan induk itu menawarkan fasiliti latihan skuad kebangsaan sebagai pusat kuarantin untuk menampung ketibaan rakyat yang pulang dari luar negara sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19.
Katanya, MFF kini berkerjasama dengan Kementerian Kesihatan Myanmar untuk membantu menyediakan pusat rawatan sementara untuk para pesakit yang dijangkiti wabak pandemik itu.
MFF prepares national team’s apartment to prepare it for use as quarantine centers for the healthcare workers, doctors and nurse who working in monitoring COVID-19 virus. MFF has prepared the national team’s apartment as quarantine facilities to keep 85 people. pic.twitter.com/ps922rEqLR
— Myanmar Football (@myanmarff) March 28, 2020
Hasil perbincangan dengan Menteri Kesihatan Myanmar, Dr Myint Htwe, MFF telah menjadikan Pusat Latihan AYA Bank, Akademi Bola Sepak Negara di Yangon dan penginapan pemain skuad kebangsaan sebagai pusat kuarantin.
Zaw Zaw yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Ayeyawarwaddy turut menderma USD 72,000 (RM311,587) kepada Hospital Waibargi dan Hospital Kanak-Kanak Yankin selain memastikan MFF menyediakan makanan serta kad SIM untuk mereka yang dikuarantin.
Wabak COVID-19 telah menjangkiti lebih 372,000 orang dan meragut lebih 16,000 nyawa di seluruh dunia, setakat ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan hariannya memaklumkan, jumlah kes kini mencecah 372,757 dengan lebih 195,000 dicatatkan di Eropah.
Jumlah kematian pada peringkat global pula membabitkan 16,231 mangsa, termasuk lebih 10,000 korban di rantau Eropah. Kes dan kematian paling sedikit dicatatkan di Afrika, iaitu 1,305 jangkitan serta 26 kematian menurut laporan agensi berita Sputnik.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Korea Selatan ‘Convert’ Fasiliti Latihan Skuad Kebangsaan Menjadi Pusat Rawatan Pesakit COVID-19
Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun