Wartawan dari Mesir, Ismael Mahmoud mengesahkan bahawa Mohamed Salah telah tolak tawaran Al Itihad dengan cara elok.

Baca Juga:

Dia memberitahu kelab itu buat masa ini dia masih mahu bermain di Eropah sekurang kurangnya semusim lagi.

Sebelum ini laporan dari Arab Saudi menyebut Al Ittihad sedia membayar €60 juta untuk mendapatkan Mo Salah dan memberikan pemain itu gaji €180 juta untuk 2 musim kontrak.

Namun pemain itu menolak tawaran itu begitu juga dengan Liverpool yang tidak pernah berniat menjual pemain bintang dari Mesir mereka itu.

Ejen kepada Mohamed Salah Ramy Abas turut memberikan jaminan bahawa pemain itu akan terus kekal di Liverpool.

Sambil menyatakan bahawa: “Jika kami mempertimbangkan untuk meninggalkan Liverpool musim ini, kami tak akan memperbaharui kontrak baharu musim panas lalu.”

“Mohamed Salah kekal komited kepada Liverpool,” tegas ejen pemain itu lagi.

Berita Mo Salah tolak tawaran Al Itihad itu ternyata melegakan peminat Liverpool. Memandangkan penyerang itu menjadi penggempur berbisa mereka dalam beberapa musim ini.

Ini ditambah dengan hakikat bahawa mereka sudah kehilangan 2 pemain kepada kelab Arab Saudi sebelum ini iaitu Fabinho dan juga Jordan Henderson.

Dengan jendela perpindahan masih ada 3 minggu lagi pastinya tak mudah mencari pengganti Mo Salah.

Liverpool dalam pada itu masih aktif mencari sekurang kurangnya seorang lagi pemain tengah selepas mereka kehilangan Henderson dan Fabinho.

Klopp sudah menyatakan bahawa mereka akan berusaha memperkuatkan pasukan mereka dengan peluang yang ada namun sedia untuk berjuang dengan skuad yang sedia ada jika gagal membeli pemain baharu.