Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh menyambut baik kehadiran Liridon Krasniqi dalam pasukan kebangsaan.
Menurut Sumareh, Liridon merupakan pemain yang mempunyai kualiti dan beliau sudah tidak sabar untuk bergandingan dengan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu di atas padang.
“Amat baik untuk memiliki seorang lagi pemain (dengan status) seperti saya. Kita semua tahu kualiti yang dimilikinya.
“Dia amat bagus ketika memiliki bola dan dapat melakukan hantaran dengan baik. Dia bantuan yang besar buat pasukan.
“Ia perkara yang baik dan saya amat gembira dia dapat menyertai pasukan kebangsaan,” katanya menurut laporan Stadium Astro.
Liridon menerima kerakyatan Malaysia pada April lalu sekaligus menjadi pemain naturalisasi kedua yang akan beraksi bersama pasukan kebangsaan selepas Mohamadou Sumareh.
Liridon telah beraksi di Liga Malaysia sejak 2015 bersama Kedah. Beliau kemudiannya berhijrah ke Melaka United dan kemudiannya menyertai JDT.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Pemain Tengah UiTM FC Cari Duit Poket Bantu Abang Jual “Cornflakes Salted Egg” Secara Online
Tan Cheng Hoe Sediakan ‘Pelan B’ Jika Kelab Tak Lepaskan Pemain
KAFA Beri Jaminan Pemain Bergaji Kecil Tidak Berdepan Pemotongan