Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memberi jaminan dimana pemain yang bergaji kecil tidak akan berdepan pemotongan gaji.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agungnya, Husin Deraman dimana beliau menegaskan persatuan tetap akan menggunakan kaedah pemotongan gaji namun tidak akan menganiaya pemain.

KAFA
Masaki Watanabe bersama pasukan Kelantan. Sumber Gambar: Kelantan FA

“Kita sebenarnya ada beberapa pemain bergaji sekitar RM2,000 ke RM3,000, jadi kita akan cadangkan gaji mereka ini tidak akan ditolak. Kita memahami kesulitan dihadapi tambahan pula mereka pemain muda.

“Kita akan buat penilaian berdasarkan tangga gaji pemain kerana dalam pasukan ini, ada yang bergaji bawah RM10,000, ada yang berbelas ribu dan berpuluh ribu. Sebab itulah kita tidak akan ambil langkah pemotongan yang sama untuk setiap pemain.

“Bagi mendapatkan gambaran awal mengenai butiran pemotongan, KAFA akan memanggil beberapa pemain dan pegawai teknikal mendapatkan angka sebenar membabitkan jumlah potongan yang akan dilakukan,” kata Husin menurut laporan Berita Harian.

KAFA
Sumber Gambar: Kelantan FA

Tambah Husin, KAFA mungkin mengenakan pemotongan sebanyak 20% hingga 30% dan akan mengadakan perbincangan dengan pemain dalam masa terdekat.

Setakat ini, sebanyak tiga pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching FA dan UKM FC telah menjalankan kaedah pemotongan gaji sejak saingan Liga Malaysia dihentikan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

TMJ: Selesaikan Hutang Dahulu Sebelum Potong Gaji Pemain

Shahrel Fikri Optimis Dalam Pemburuan Status Penjaring Terbanyak Liga Super 2020

Gerakan “Tiki-Taka” Pulau Pinang Dapat Sorotan Media Antarabangsa