Peminat bola sepak telah menyelar penyingkiran yang disifatkan bersifa ‘jenayah sistematik’ ketas bintang Tottenham Son Heung-min daripada Pasukan Terbaik PFA.
Son tidak dipilih dalam pasukan terbaik PFA, pada majlis anugerah maya pada Khamis, walaupun menamatkan saingan sebagai penjaring gol terbanyak Liga Perdana bersama Mohamed Salah.
Pemain Korea Selatan dan Salah kedua-duanya berakhir dengan 23 gol – dan tanpa sebarang gol penalti – tetapi tiada ruang untuk Son di serangan bertiga PFA X ataupun Team Of The Season (TOTY), yang diundi oleh pemain.
3 penyerang terbaik diundi oleh Persatuan Pemain PFA England ialah Mohamed Salah, Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo. Nama Cristiano Ronaldoantara dianggap agak kontroversi memandangkan kempen buruk Manchester United musim ini.
2005-06: Cristiano Ronaldo is named in the PFA Premier League TOTY ✅
2021-22: Cristiano Ronaldo is named in the PFA Premier League TOTY ✅
Longevity 😤 pic.twitter.com/7rj2mxVaMS
— ESPN FC (@ESPNFC) June 9, 2022
Mereka juga mempersoalkan bagaimana Son tidak boleh berada lebih tinggi daripada 3 penyerang tersebut?
Salah seorang peminat berkata: “Ronaldo dan Mane berbanding Son?”
Seorang lagi warganet berkata: “Pemain yang memenangi but emas tanpa penalti.”
Ada juga peminat yang menganggap pilihan ini jelas menunjukkan ada sikap pilih kasih dan sentimen rasis ke atas pemain Asia.
PFA is racist man. Where’s Son? https://t.co/18bSvxkO9n
— TALL ASS NICO (@tallass_nico04) June 9, 2022
Selain itu, ada juga yang membantah nama Thiago Alcantara di dalam senarai berbanding dengan pemain tengah Manchester City iaitu Rodri.
“Bagaimana Rodri tidak masuk,” soal seorang pengguna Twitter.
Manakala yang lain menyifatkan bahawa Thiago Alcantara tidak ada tempat langsung dalam barisan tengah Man City musim lalu.
Terdapat 6 pemain Liverpool berada dalam kesebelasan tahunan PFA.
Six of our players have made the @PFA Premier League Team of the Year!
Well in, lads 👏 pic.twitter.com/oVnrGie9NE
— Liverpool FC (@LFC) June 9, 2022
Di mana Mohamed Salah mengetuai senarai selaku Pemain Terbaik PFA buat kali kedua di dalam kariernya. Salah mengatasi Kevin De Bruyne.
Salah musim ini memenangi kasut emas dan anugerah playmaker yang diberikan kepada pembekal assist terbanyak dalam semusim liga.
Mohamed Salah is the first Liverpool player in the award's 48-year history to be named PFA Players' Player of the Year in multiple seasons.
◉ 2017/18
◉ 2021/22“One-season wonder.” 🤪 pic.twitter.com/K3Mk0nLOoQ
— Squawka (@Squawka) June 9, 2022
Namun ramai yang tidak berpuas hati dengan senarai yang didominasi oleh Liverpool itu.
Lantas ada yang menyindir: “Adakah Liverpool memenangi liga?”
City telah dinobatkan sebagai juara pada hari terakhir apabila mereka membawa Liverpool ke kejuaraan dengan satu mata. Undian PFA sebenarnya telah ditutup lama sebelum musim berakhir.
Dalam perkembangan lain, Sam Kerr dari Chelsea membawa pulang Pemain Terbaik Wanita PFA.
Phil Foden pula memenangi Pemain Muda PFA kedua berturut-turut.