Menteri Pertahanan yang juga Menteri Kanan (kluster keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan saingan Liga Malaysia musim ini akan terus berlangsung tanpa kehadiran penyokong.
Ini kerana terdapat peningkatan kes wabak COVID-19 telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak minggu lalu sehingga memaksa kerajaan mempertimbangkan semula kebenaran mengadakan sukan bersifat kontak fizikal.
Menurut Ismail Sabri, ia adalah prosedur biasa untuk mendapatkan pandangan daripada menteri-menteri daripada 20 kementerian yang terlibat bagi membincangkan mengenai situasi semasa.
“Ia juga melibatkan ketua jabatan seperti ketua polis, panglima angkatan tentera, Peguam Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Ketua Pengarah Rela dan yang berkaitan.
“Ia adalah salah satu prosedur biasa bagi membincangkan perkembangan kini isu Covid-19 yang melanda di negara ini.
“Keputusan (untuk membenarkan) Liga-M sudah diluluskan tanpa sebarang penonton.
“Cuma jika KKM memberikan nasihat untuk sebarang perubahan baharu, barulah ada perubahan itu (menentukan status Liga-M sama ada diteruskan atau sebaliknya),” katanya kepada Sinar Harian.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebelum ini menjelaskan pihaknya sememangnya dalam perancangan untuk memohon kehadiran penyokong ke dalam stadium tetapi dengan jumlah yang lebih sedikit dahulu.
Sebagai contoh, stadium yang mempunyai kapasiti 30,000 penonton, mungkin hanya membenarkan 10 peratus atau 3,000 penyokong hadir bagi mematuhi peraturan penjarakan sosial.
“Perkara ini sememangnya dibincang dan akan disertakan dalam permohonan MFL untuk latihan Fasa 2 nanti di mana kemungkinannya di peringkat awal ini dibenarkan 10 peratus atau 15 peratus daripada kapasiti stadium berkenaan.
“Permohonan untuk membenarkan kemasukan penonton ke stadium ini juga diharapkan dapat membantu memberikan hasil pendapatan khususnya kepada pasukan bertanding yang mana seperti diketahui sememangnya memerlukan pendapatan sampingan dalam suasana sekarang,” katanya
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Kelab Ceres Negros ‘Bungkus’ Selepas Pemiliknya Muflis, Gagal Bayar Gaji Pemain 2 Bulan
PSSI Tak Jadi Pecat Shin Tae-yong, Hubungan Dengan Ketum Kembali Pulih