Ketua jurulatih Bali United, Stefano Cugurra Teco berpendapat kehadiran Michael Essien pada 2017 membuka pintu kepada pemain elit yang pernah beraksi di Eropah datang ke saingan Liga 1 Indonesia.
Persib Bandung menandatangani Essien dan seorang lagi pemain iaitu bekas penyerang skuad kebangsaan England, Charlton Cole pada 2017.
Menurut Stefano, impak yang dibawa Essien ialah Liga 1 semakin dikenali di Eropah kerana kehadiran marquee players yang pernah beraksi di peringkat tertinggi.
“Liga 1 Indonesia dikenali di Eropah setelah kehadiran Essien pada 2017 lalu. Pemain yang pernah berpangkalan di Eropah ramai yang beraksi di sini,” kata Stefano.
Selepas Michael Essien, beberapa pemain yang pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) beraksi di Indonesia seperti Peter Odemwingie (Madura United), Danny Guthrie (Mitra Kukar) dan Marco Motta (Persija Jakarta).
Sama ada lebih ramai pemain bintang akan beraksi di Liga 1 pada masa akan datang, Stefano menambah perkara ini bergantung kepada prestasi yang ditampilkan oleh pemain sedia ada.
https://youtu.be/AkK5vPUiME8
“Jika mereka berjaya menampilkan prestasi terbaik, maka akan ada lagi pemain bintang yang beraksi di saingan Liga 1,” tambahnya.
Essien menjadi kesayangan peminat Persib dimana beliau sering mengisi bahagian tengah pasukan. Namun begitu, bekas pemain Chelsea dan AC Milan ini hanya beraksi satu musim di Indonesia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga 1 Indonesia di sini:
Dua Pemain Arema FC Dapat Hasil Reaktif Saat Rapid Test, Manajemen Beri Tanggapan
Satu Pemain Persela Lamongan Pilih Mundur Jelang Dilanjutkannya Liga 1 2020
Marc Klok Sampaikan Kabar Terbaru Soal Proses Naturalisasinya