Pemenang Ballon d’Or 2021 akhirnya menjadi milik Lionel Messi. Di mana penyerang asal Argentina itu menegaskan dua lagi calon iaitu Robert Lewandowski dan Jorginho yang masing masing berada di tangga kedua dan ketiga.
Walking to his seventh Ballon d'Or… Leo Messi! #ballondor pic.twitter.com/pOIrHZUw9Q
— Ballon d'Or (@ballondor) November 30, 2021
Dengan kejayaan Ballon d’Or 2021 ini, Messi kini sudah mengumpul keseluruhan 7 Ballon d’Or di dalam kabinetnya.
Lionel Messi finished with 33 more points than Robert Lewandowski for the men's Ballon d'Or 📩 pic.twitter.com/Ham0YZ7iVe
— B/R Football (@brfootball) November 29, 2021
Robert Lewandowski dianggap sebagai pencabar utama dan calon pilihan untuk memenangi Ballon d’Or kali ini selepas tiada edisi untuk tahun 2020 yang lalu kerana France Football tidak mahu menganjurkan acara itu di tengah pandemik yang melanda dunia terutama sekali di Perancis.
Pada edisi kali ini, Lionel Messi sekali lagi berjaya memenangi Ballon d’Or. Dan kini beliau sudah mengatasi Cristiano Ronaldo dengan 2 Ballon d’Or lebih banyak.
Messi sebelum ini berjaya membantu Argentina memenangi Copa America. Ianya kejayaan pertama Messi bersama dengan Argentina selepas memenangi kesemua trofi di peringkat kelab.
Messi kini bermain untuk PSG di Perancis. Menyertai kelab itu musim panas lalu secara percuma.
Messi dalam ucapannya memberikan penghargaan kepada naib juara Ballon d’Or 2021, Robert Lewandowski dan berpendapat bahawa pemain itu berhak memenangi Ballon d’Or untuk tahun 2020 yang lalu.
Messi knows. pic.twitter.com/PYDY1O1vuW
— B/R Football (@brfootball) November 29, 2021
Messi mengatasi Lewandowski dengan lebih daripada 30 undian akhir.
Lionel Messi finished with 33 more points than Robert Lewandowski for the men's Ballon d'Or 📩 pic.twitter.com/Ham0YZ7iVe
— B/R Football (@brfootball) November 29, 2021
Selain daripada Messi, pemain wanita Barcelona, Alexia Puttelas memenangi Ballon d’Or Wanita. Dan pemain muda Barca, Pedri memenangi anugerah Kopa, untuk mengiktiraf pemain muda terbaik.