Lionel Messi dicalonkan untuk anugerah MVP Tahunan Major League Soccer (MLS) walaupun hanya beraksi dalam 4 perlawanan liga sahaja.

Baca Juga:

Bukan sahaja dicalonkan, namun Messi turut menjadi calon pilihan untuk anugerah tersebut.

Messi bersama dengan Inter Miami musim ini menjadi fenomena luar biasa di Amerika Syarikat. Dan dia turut membantu kelab itu menamatkan penantian untuk trofi pertama musim ini dengan kejayaan menjulang Piala Liga AS.

Pemain berusia 36 tahun turut membantu membawa Inter Miami ke final Piala Terbuka AS, yang mereka tewas semasa ketiadaannya.

Kapten Inter Miami, Lionel Messi telah menerima pencalonan untuk anugerah Pemain Paling Bernilai Landon Donovan atau MVP tahunan MLS 2023, dan juga turut tercalon dalam Anugerah Pendatang Baru Terbaik.

Pencalonan penyerang Argentina itu menimbulkan kemarahan di kalangan peminat lawan, kerana dia hanya muncul empat kali dalam liga sejak menyertai pasukan itu.

Mereka mempersoalkan bagaimana pemain yang beraksi kurang 5 perlawanan boleh tercalon dalam anugerah tersebut.

Penyerang berpengalaman itu telah disisihkan sejak September dan tidak bermain sepenuhnya sejak itu, hanya mampu beraksi 37 minit menentang FC Toronto.

Messi termasuk dalam senarai pendek Anugerah MVP Landon Donovan yang terdiri daripada 30 orang, bersama dengan rakan sepasukannya, Sergio Busquets.

Pemain legenda Argentina itu telah menjaringkan satu gol dan membantu mencipta 2 assist lagi dalam empat penampilan liganya untuk Inter Miami pada musim ini.

Sementara itu, rakan bintang Messi di Inter Miami, Jordi Alba turut dicalonkan untuk Pemain Pertahanan Terbaik.

Undian untuk anugerah itu ditetapkan antara 10 dan 23 Oktober. Bagi setiap kategori, pengundian akan dilakukan oleh kakitangan teknikal kelab, pemain MLS dan wartawan, dengan setiap kumpulan menyumbang 33.3% undi.