Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir dan ahli perniagaan, Anindya Bakrie kini merancang untuk membeli sebuah kelab dari liga divisyen 3 England (League One) iaitu Oxford United.

Menurut laporan daripada The Telegraph dan Oxford Mail, kedua-duanya telah pun membuat tawaran rasmi dan menawarkan untuk membeli saham sebanyak 51 peratus daripada pemilik kelab tersebut yang berasal dari Thailand, Sumrith ‘Tiger’ Thanakarnjanasuth.

Proses perpindahan pemilikan Oxford United ini dijangka akan berjalan dalam masa beberapa minggu termasuk mendapatkan persetujuan daripada badan pengelola Liga Inggeris (English Football League).

Erick Thohir yang pernah menjadi pemilik Inter Milan berharap pengambilalihan saham Oxford United dapat berjalan dengan lancar walaupun mengakui bola sepak Inggeris tidak begitu mudah dan beliau sedia memberikan tentangan sengit.

“Tolong doakan, agar semuanya lancar,” kata Erick Thohir, yang juga merupakan pemilik Kelab dari Amerika Syarikat, DC United.

“Pertandingan bola sepak Inggeris tidak mudah, tapi harus kita cuba,” tambahnya.

Erick Thohir juga merupakan pengasas syarikat media, Mahaka Group dan memiliki beberapa stesen TV dan syarikat surat khabar di Indonesia.

Oxford United kini menghuni kedudukan 11 dalam League One. Ada baki 11 lagi perlawanan untuk memburu kedudukan 6 teratas supaya mereka dapat slot ke play off untuk melangkah ke saingan EFL Championship.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Astro Miliki Hak Penyiaran Azul Claro Numazu, Aksi Hadi Fayyadh Dapat Ditonton Secara LIVE Mulai Esok

Pamer Aksi Cemerlang Bersama Chonburi, Junior Eldstal Dipilih Sebagai ‘Man Of The Match’

Kelab Nick Swirad, Nongbua Pitchaya Raih Promosi Ke Thai League 1 Musim Hadapan