Kelab yang diwakili oleh pemain pertahanan negara, Nick Swirad iaitu Nongbua Pitchaya berjaya melayakkan diri untuk beraksi dalam saingan Thai League 1 musim hadapan.
Nongbua yang beraksi di liga divisyen dua iaitu Thai League 2 memperoleh slot promosi setelah mereka menewaskan Khon Kaen United dengan keputusan 3-1.
Kemenangan ke atas Khon Kaen membolehkan Nongbua menduduki tangga teratas dengan kelebihan 12 mata di hadapan pasukan tangga ketiga, Nakhon Pathom United berbaki tiga lagi perlawanan untuk dihadapi.
Pasukan yang berada di dua tangga teratas bakal memperoleh slot automatik ke saingan Thai League 1 manakala pasukan yang menduduki tangga ke-3 hingga ke-6 perlu menghadapi perlawanan play-off.
Sekiranya Nongbua mengekalkan rentak kemenangan pada tiga perlawanan akan datang mereka akan bergelar juara liga dan Nick Swirad akan menjadi pemain Malaysia kedua yang memenangi kejuaraan di Thailand selepas Norshahrul Idlan Talaha bersama BG Pathum United.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pemain Malaysia yang beraksi di luar negara di sini:
Kejayaan Bersama BG Pathum Cipta Sejarah Tersendiri Bagi Matyo