Pemain pertahanan negara, Dominic Tan semakin hampir untuk kembali beraksi bersama Police Tero apabila beliau kini sedang berada dalam fasa pemulihan daripada kecederaan buku lali yang dialami.
Perkara ini dikongsikan oleh Dominic menerusi laman media sosial rasmi Twitter miliknya dimana beliau memberi bayangan akan kembali beraksi dalam masa terdekat.
Back soon 😜💪 pic.twitter.com/sVtYS3Ls3g
— Dominictjj (@dominictann) March 6, 2021
Minggu lalu, Dominic menyatakan beliau mengalami sedikit kecederaan di bahagian buku lalu pada minggu lalu dan perlu menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut.
Setelah pembedahan berjaya, kini bekas ketua pasukan skuad B-23 tahun negara itu berada dalam fasa pemulihan dan bakal kembali beraksi bagi menghadapi baki saingan Thai League 1 musim ini.
According to Dominic Tan's Instagram, he could be out injured for a while. pic.twitter.com/22HVniFLqa
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 27, 2021
Dominic Tan menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang kekal beraksi di Thai League 1 musim ini selepas dua lagi pemain kembali ke Malaysia pada pertengahan musim ini.
Norshahrul Idlan Talaha (BG Pathum United) dan Mohamadou Sumareh (Police Tero) masing-masing kembali ke saingan Liga Malaysia dengan menyertai Sarawak United dan Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak Asia Tenggara di sini:
Norshahrul Idlan Talaha Beri Pengesahan Akan Terima Medal Kejuaraan Thai League 2020/2021
Letak Jersi Di Tepi Longkang, Peminat Kecewa Dengan Sistem Jualan Jersi Sri Pahang FC