Semalam, Kelab Bola Sepak Sri Pahang (SPFC) telah melancarkan jersi rasmi mereka daripada jenama Stallion untuk musim 2021.
Jersi ‘HOME’ Pahang kali ini tampil dengan rekaan yang berbeza bercorak kotak warna biru dan kuning serta mengambil inspirasi daripada rekaan jersi Diadora pada tahun 1994. Manakala jersi ‘AWAY’ menggunakan warna hitam sambil dilengkapi dengan elemen garisan putih, biru dan kuning.
Mereka turut melancarkan kit jersi ketiga yang berwarna kuning dan biru tetapi mempunyai corak yang sama dengan jersi ‘AWAY’. Jersi tersebut mula dijual oleh pihak Stallion Apparel bermula pada pukul 3 petang hingga 6 petang di tepi Stadium Darul Makmur, Kuantan.
Bagaimanapun, timbul rasa kecewa dalam kalangan peminat setia tok gajah apabila sistem jualan jersi oleh pengurusan Sri Pahang FC dilihat sangat lemah dan ketinggalan zaman. Mereka masih mengamalkan konsep jualan di tepi stadium dengan ‘booth’ yang kelihatan daif seolah-olah sedang menjual petai di pasar malam.
Peminat yang berada di luar Kuantan pula perlu menghubungi pengedar yang sah melalui aplikasi ‘whatsap’ jika ingin mendapatkan jersi tersebut kerana Stallion tidak mempunyai laman web rasmi untuk jualan jersi secara dalam talian.
Situasi itu turut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penyokong kerana pihak Stallion tidak memberi sebarang maklum balas sehingga menguji kesabaran mereka.
Timbul satu persoalan, apakah pihak Stallion mampu membalas mesej yang masuk secara serentak jika mendapat ratusan pesanan kerana Pahang merupakan pasukan yang besar dan mempunyai ramai penyokong.
Ini adalah salah satu sistem jualan yang sangat lemah kerana sepatutnya pihak Stallion mewujudkan jualan dalam talian menerusi laman web ecommerce Shopee untuk memudahkan urusan semua penyokong.
Malah, para peminat bola sepak tempatan turut mengecam tindakan pengedar jersi rasmi tersebut meletak longgokan jersi baharu itu diatas lantai berdekatan tepi longkang seolah-olah tidak menghormati jersi yang menjadi kebanggaan para penyokong Pahang.
Keterujaan para penyokong untuk mendapatkan jersi itu mula hilang selepas melihat sikap sambil lewa pengedar tersebut menjual jersi rasmi Sri Pahang FC. Dengan harga RM100, sudah tentu mereka mengharapkan jualan jersi pasukan hadir dalam bentuk eksklusif tanpa sebarang kerosakan.
Aku malas nak baran sangat hal jersi lawa ke tak, tapi yang ni memang aku baran. Ni last minit punya kerja ke bajet ciput? Kau nak jual jersi original official pasukan liga super kut. Bukan nak jual barang makeup timbang kilo. Sial pic.twitter.com/xI5YjEVh3t
— Arjuna Hashim (@arjunahashim) March 4, 2021
aku sbg fans pahang mulai meragui penjualan jersy mcm ni. igt pasor malam ke @OfficialPahang . kanina betul https://t.co/wjyazwTpws
— nzrnazhr (@nazrinazhar) March 5, 2021
Kahkahkah macam celaka jersi KEBANGGAAN letak bersepah serupa sampah. Aiyooo. Aku kerja dengan Lekir jual baju stadium dulu pun boleh letak elok dalam bekas bertutup lagi.
What were they thinking?! ๐ https://t.co/fQACwJiBGW— Nona #FreePalestine ๐ต๐ธ (@The_Gathis) March 4, 2021
Daif sungguh โboothโ awak @OfficialPahang
Org jual petai pun gantung tau. Buh atas meja. Ini jersi rasmi atas lantai terus hahaha. Elok lg yg buka khemah jual jersi ciplak tu. elok susun atur di dinding khemah. Stok simpan bawah meja tutup dgn kain takut kotor pic.twitter.com/Yi9sTPkxNc
— potnasi (@nasuhajua) March 4, 2021
Selepas isu tersebut tular di media sosial, pihak Stallion sempat mengeluarkan kenyataan di laman instagram untuk memohon maaf kepada para penyokong Pahang diatas kesilapan mereka.
Ia jelas sekali menunjukkan tidak ada usaha daripada pihak penaja jersi untuk meningkatkan strategi ‘marketing’ bagi memastikan jualan tersebut mendapat sambutan yang hangat di hari pelancaran.
Ketika pasukan lain mula menjana pendapatan melalui penjualan jersi sehingga ‘laku keras’, kelab berprestij seperti Pahang tidak sepatutnya melalui cara jualan yang lapuk dan ketinggalan zaman selepas era penswastaan.
Sudah tiba masanya pengurusan Sri Pahang FC mula berfikir di luar kotak dan melantik pengurus pemasaran untuk mengetuai pasukan jualan ke arah memaksimumkan keuntungan dan memastikan penyokong berpuas hati dengan penjualan ‘merchandise’ rasmi.
Belajar daripada Selangor FC!
Baca artikel lain mengenai jualan jersi pasukan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.ย
Dalam Tempoh Kurang 2 Jam Dilancarkan, Jersi Away 2021 Selangor FC ‘SOLD OUT’ Begitu Sahaja
Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual
Lebih 5000 Helai Jersi Terengganu FC Telah Terjual, Jersi ‘Away’ Paling Laris
Penyokong ‘The Red Warriors’ Teruja Dengan Jersi Musim 2021 Sehingga Mahu Jadikan Sebagai Baju Raya