Melaka United mahu menyelesaikan isu tunggakan gaji yang dihadapi ketika ini secepat yang mungkin agar tidak mengganggu persiapan pasukan menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Stars, T.Avineshwaran dimana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri memberi jaminan tersebut.
If Melaka does not pay Naruphon Wild as soon as possible, they will be banned for the next transfer window. Melaka’s CEO said they would settle it ASAP. #MFLTransfer2021 #MSL2021
— T. Avineshwaran (@avineshW90) February 8, 2021
Melaka berdepan risiko dikenakan hukuman sekatan perpindahan kerana kegagalan mereka melunaskan tunggakan gaji bekas pemain import dari Thailand, Narupon Putsorn Wild.
Skuad bimbingan Zinal Abidin Hassan itu telah melepasi tempoh 45 hari (bermula 12 November) selepas FIFA telah mengarahkan mereka untuk melangsaikan tunggakan gaji bekas pemain Buriram United itu sebanyak RM241,726.69.
Selain tunggakan gaji Narupon, Melaka turut berhutang dengan seorang lagi bekas pemain iaitu, pemain kacukan negara, Curran Singh Ferns.
Jawatankuasa Status FAM dalam mesyuaratnya pada Januari lalu telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) membayar tunggakan gaji sebanyak RM97,500.00 kepada pemain tersebut.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
ZamSaham Dedahkan Pemain Indonesia Isi Kuota Import Asia, 3 Lagi Pemain Import Dari Eropah
Bekas Pemain Kelantan, Daudsu Jamaluddin Pilih Kerjaya E-Sukan