Penganjur saingan liga bola sepak profesional Thailand, Thai League dilaporkan telah mengeluarkan satu penyata kewangan dimana mereka mencatatkan penurunan revenue sebanyak 63% untuk musim 2020.

Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Prachachat, Thai League hanya berjaya memperolehi pendapatan sebanyak THB457,874,009.53 atau sekitar RM57.46 juta sahaja untuk musim 2020.

Jika dibandingkan dengan pendapatan pada musim 2019 yang berjumlah THB1,256,277,184.76 atau sekitar RM157.65 juta, dengan jelas Thai League mengalami penurun pendapatan sebanyak 63%.

Dari sudut untung rugi pula, Thai League merekodkan keuntungan bersih sebanyak THB51,562,602.15 atau RM6.47 juta, tetapi untuk musim 2021 mereka mencatatkan kerugian bersih sebanyak THB29,972,966.79 atau RM3.76 juta.

Untuk musim 2021-22, saingan Thai League masih belum tamat dan dijangka akan ada sedikit pertambahan dari segi pendapatan selepas banyak perkara dapat dilaksanakan dalam musim ini berbanding 2020 yang paling teruk terjejas.

Walaupun begitu, Thai League terus mendapat kepercayaan jenama pengeluar kenderaan Jepun Toyota untuk terus muncul selaku penaja utama dengan menggunakan Hilux REVO Thai League mulai musim 2021/22.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Khalid Samad Letak Jawatan, Zahid Hamidi Bakal Naik Selaku Presiden Baharu KLFA?

Liga Super 18 Pasukan Dan Tiada Liga Premier Mulai 2023, Liga Simpanan Serta Liga B17 Ditubuhkan

“Sebab Mercun Itu, Saya Kena Bawa Anak Ke Hospital Terima Rawatan. Berlubang Belakang Peha Dia.”

Sumber