Pemain pertahanan baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies dijangka mendominasi posisi “right back” dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan akan datang.
JDT menandatangani Matthew bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Azrif Nasrulhaq yang mengalami kecederaan sekaligus memberikan saingan kepada seorang lagi pemain, S.Kunanlan.
Kunanlan mempamerkan prestasi kurang memberangsangkan pada perlawanan AFC Champions League (ACL) 2020 menentang Vissel Kobe minggu lalu yang menyaksikan JDT tewas dengan keputusan 5-1.
Pemain sayap Kobe, Keijiro Ogawa serta ketua pasukan, Andres Iniesta dilihat mudah untuk mengeskploitasi bahagian kanan dan JDT perlu pemain baharu bagi mengisi posisi tersebut.
Dengan kehadiran Matthew, masalah di posisi pertahanan kanan JDT dilihat dapat diselesaikan memandangkan pemain berusia 24 tahun itu telah membuktikan kredibiliti beliau, baik bersama Pahang mahupun pasukan kebangsaan.
Matthew dijangka membuat penampilan kompetitif pertama bersama JDT pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Kedah pada 28 Februari ini.
Baca artikel lain mengenai Matthew Davies di sini:
Matthew Davies Sifatkan Yuran Perpindahan RM16 Juta Sebagai “Fake News”