Bakal pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan yuran perpindahan beliau sebesar RM16 Juta seperti yang diperkatakan sebelum ini sebagai satu “fake news”.

Davies berkata demikian menerusi laman Instagram Story miliknya dimana pemain berusia 24 tahun itu berasa hairan dengan khabar angin mengenai jumlah yuran perpindahan yang dibayar oleh JDT untuk mendapatkan khidmat beliau.

Matthew
Sumber Gambar: Matthew Davies

Sebelumnya, Davies mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong setia pasukan Pahang dimana beliau mengakui sukar untuk meninggalkan pasukan yang disertainya sejak tahun 2015 lalu.

Bekas pemain Perth Glory ini turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dan para peminat yang sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Sepanjang beraksi bersama Pahang, Davies yang juga dilantik sebagai ketua pasukan bermula musim 2016 lalu pernah membantu Tok Gajah muncul sebagai juara Piala FA 2018.

Matthew Davies dijangka mengambil alih tempat S.Kunanlan dalam kesebelasan utama pasukan JDT selepas pemain berusia 33 tahun itu menampilkan aksi yang kurang memberangsangkan ketika saingan AFC Champions League (ACL) 2020 Khamis lalu.

Baca artikel lain mengenai Matthew Davies di sini:

Matthew Davies Akui Sukar Untuk Meninggalkan Pahang

Matthew Davies Sertai Johor Darul Ta’zim?

JDT Bayar Harga Tinggi Bagi Dapatkan Khidmat Matthew Davies