Pemain tengah skuad kebangsaan England dan Chelsea, Mason Mount mendedahkan apa yang berlaku terhadap dirinya pada saingan Euro 2020 tempoh hari menjadi pendorong buatnya untuk mengambil vaksinasi COVID-19.

Mount terpaksa menjalani kuarantin kendiri selepas aksi kedua peringkat kumpulan bertemu Scotland apabila beliau menjadi kontak rapat kepada Billy Gilmour yang disahkan positif wabak berbahaya itu selepas perlawanan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan Mount terpaksa diketepikan pada perlawanan ketiga bertemu Republik Czech dan kemudiannya hanya berada di bangku simpanan ketika aksi pusingan 16 bertemu Jerman.

Melihatkan kepada keadaan tersebut, pemain berusia 22 tahun itu melihat kepentingan buatnya untuk mendapatkan vaksinasi bagi memberikan perlindungan sebaiknya buat diri beliau.

Mason Mount bersama rakan sepasukan ketika sesi latihan sebelum perlawanan menentang Andorra. Kredit Foto: England Football Team

“Saya kini telah pun mendapatkan dua suntikan vaksinasi,” ujar Mount menurut laporan yang dikeluarkan Sky Sports.

“Menghadapi pengalaman seperti itu dimana saya tidak dapat beraksi pada perlawanan yang penting, ia sama sekali telah memberikan kesan dalam keputusan saya [untuk mendapatkan vaksinasi].”

“Tetapi saya fikir untuk pemain dan secara peribadi, perkara ini bergantung kepada seseorang itu dan itu adalah keputusan mereka bagaimana perasaan mereka mengenainya.”

“Saya tidak fikir anda boleh memaksa sesiapa untuk mengambilnya tetapi bagi saya, dengan melalui pengalaman sedemikian, ia membuatkan saya mahu untuk mendapatkan vaksinasi, malah mahu mendapatkannya dengan lebih cepat,” tambah Mason Mount lagi.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Van Gaal: Memang Lumrah Di Barcelona, Orang Asing Dipersalahkan

Bekas Pemain TRW Kelantan, Mario Arqués Sertai Newcastle Jets

Fabrizio Romano: Newcastle Tak Berminat Dengan Coutinho

Sumber