Fabrizio Romano tampil menjelaskan situasi melibatkan beberapa bintang yang dikaitkan dengan Newcastle United.
3 nama yang dikaitkan ialah Mauro Icardi, Aaron Ramsey dan juga Phillipe Coutinho.
Newcastle yang baru menerima pelaburan daripada konsortium Arab Saudi, PIF memiliki dana yang sangat kukuh untuk membeli pemain baharu.
Coutinho dikatakan bakal menjadi ‘Robinho’ untuk Newcastle. Merujuk kepada pembelian pertama Man City di bawah era pemilikan Qatar.
Barcelona meletakkan tanda harga €50 juta untuk pemain tersebut.
đź“° [SPORT – LluĂs Miguelsanz] | Newcastle’s purchase by the Saudi Arabian Public Investment Fund has led to many rumours about them hoping to make a lot of transfers in January
One of the names on the table is Philippe Coutinho, who Barça has valued at €50 million pic.twitter.com/kKzYO04MPH
— BarçaTimes (@BarcaTimes) October 8, 2021
Tetapi menurut Fabrizio Romano, tidak ada sebarang tanda tanda Newcastle berminat dengan Coutinho ketika ini.
Barcelona menyenaraikan Coutinho untuk dijual. Di mana Barca masih berhutang dengan Liverpool untuk harga pemain tersebut.
Seterusnya, Fabrizio Romano turut menyatakan bahawa Newcastle tidak berminat dengan Aaron Ramsey yang kini di Juventus.
Pwmain itu dikatakan kecewa dengan minit permainan yang terhad.
Seterusnya, Newcastle dikatakan berminat mendapatkan Mauro Icardi. Tetapi pemain itu tidak mahu berpindah ke mana mana kelab.
Icardi gembira berada di Paris St Germain terutama sekali mengambil kira isterinya, Wanda Nara yang sukakan kehidupan di Paris.
“Fabrizio Romano berkata: “Biarlah saya katakan bahawa tiada apa apa berlaku antara Ramsey dan Newcastle.”
“Begitu juga dengan Icardi. Tiada apa yang berlaku. Kerana pemain itu gembira berada di Paris. Saya sudah tweet benda ini beberapa hari lalu.”
“Mungkin ada yang merasakan bahawa Icardi mungkin mahu pergi kerana hanya memanaskan bangku simpanan. Namun situasinya sebaliknya.”
“Jadi dia tak akan berpindah pada Januari ini. Tapi untuk musim panas akan datang, kita tengoklah nanti.”
“Dan untuk situasi Coutinho, Barca langsung tidak menerima sebarang kontak daripada Newcastle.”