Rentetan dari artikel isu 51 pemain skuad Piala Belia dan Piala Presiden Kelantan yang tidak dibayar elaun oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam, kami telah berjaya mendapatkan ‘insights’ yang lebih dalam mengenai perkara ini.

Menurut temubual yang kami lakukan, elaun pemain ada yang sudah tertunggak selama 4.5 bulan dan ada juga yang tertunggak selama 5 bulan untuk tahun 2019 sahaja. Untuk tahun 2020 pula, sumber kami memaklumkan bahawa hanya setengah bulan elaun dibayar pada bulan Januari 2020.

Mungkin ramai yang terfikir setengah bulan gaji itu berapa jumlahnya. Dari risikan yang kami lakukan setengah bulan elaun itu dianggarkan sekitar RM500-RM550 sahaja.

89773908_2748554378574642_748349157420302336_o

Dari perbualan itu juga mereka mendedahkan bahawa pihak keluarga juga tahu mengenai isu ini dan tiada apa yang mampu dilakukan selain membantu keluarga dengan melakukan kerja luar seperti mesin rumput, kerja kampung dan sebagainya untuk mencari ‘samah seriyal’ meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka juga mendedahkan ada juga yang terpaksa meminjam duit dengan ibu bapa serta rakan-rakan untuk mengisi minyak motorsikal.

Ditanya jika mereka pernah menyuarakan isu ini kepada pihak pengurusan, jelasnya sudah banyak kali perkara ini diberitahu namun tidak nampak apa-apa yang berlaku sehingga kini.

“Takdok boh, takdok apa satu pun. Pengurusan kalu kata pun ‘Sabar je lah..’

Mereka turut menyatakan bahawa ada pemain yang menghantar mesej pesanan kepada presiden tetapi didakwa telah di’block’ selain tidak dibalas oleh Setiausaha Agung persatuan.

90104315_2754968671266546_7743020844284116992_o

Ada pemain yang kini nilai tunggakan elaunnya sudah menghampiri RM8,000 dan mereka dalam keadaan tertekan ketika ini kerana tidak dapat melakukan kerja terutama disebabkan isu COVID-19 selain tidak mampu untuk membeli keperluan dirumah.

Sesetengah mereka juga tidak boleh meneruskan urusan untuk mencari pekerjaan lain kerana memerlukan duit untuk menyelesaikan pelbagai perkara sebelum dibenarkan memulakan pekerjaan baru. Ini juga merupakan impak kepada pemain-pemain yang boleh menyekat peluang mereka dalam bidang lain pula.

Sebelum mengakhiri perbualan, ramai yang masih bermain walaupun dalam keadaan sebegitu kerana minat, jiwa dan cintakan ‘lencana didada’.

“Kita masih main lagi..sebab sayang dan jiwa kita tetap dengan Kelantan. Tapi orang buat kita macam pengemis!”

Mungkin ada pihak yang sedar frasa ini dan ‘take for granted’ serta mengambil kesempatan keatas mereka. Selepas ini bilangan pemain yang membuat laporan dijangka akan meningkat selepas mereka tahu tiada jalan lain untuk mendapatkan hak mereka selepas ‘memberi peluang’ yang cukup lama untuk diselesaikan.

Isu ini sebenarnya bukan sahaja berlaku di Kelantan, tetapi ada beberapa buah pasukan negeri lain turut menghadapi masalah yang sama cuma mungkin dengan nilai atau tempoh yang lebih rendah.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

10 Filem Dan Dokumentari Menarik Yang Perlu Ditonton Oleh Peminat Bola Sepak Di Netflix

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

“Kenapa Team AMD Pakai Jersi Lama, Logo Pun Dah Tercabut? Susah Sangat Mai Jumpa Saya” – KJ