Untuk kali kedua dalam masa seminggu Arsenal bengang dengan mutu pengadilan. Para peminat dan pemain Arsenal tidak berpuas hati dengan dua insiden utama melibatkan pengadil.
Pertamanya adalah insiden Enzri Konsa yang dituduh menjatuhkan Bukayo Saka sebagai pertahanan akhir.
Keduanya, bekas penjaga gol Arsenal sendiri iaitu Emi Martinez yang dituduh menarik Lacazette yang sepatutnya diberikan penalti.
Namun VAR memeriksa insiden itu dan memberikan sepakan percuma kepada Villa.
Sebelum ini Arsenal bermain 10 pemain selepas David Luiz dibuang padang kerana kad merah kontroversi. Luiz dituduh melakukan kekasaran kepada Willian Jose. Ia juga memberikan lawan penalti.
Selepas kalah di tangan Wolves, Arsenal kalah lagi di tangan Villa menerusi gol tunggal Ollie Watkins.
Lacazette kemudian menyatakan rasa tak puas hatinya menerusi Twitter. Dan ianya pantas dibalas oleh Martinez.
Lacazette menyatakan: “Satu lagi.. [emoji menyindir].”
Another one… 😒😒
— Alexandre Lacazette (@LacazetteAlex) February 6, 2021
Lacazette pastinya tak menyangkan bahawa bekas rakan sepasukannya, Emi Martinez akan membalas tweet itu.
Martinez berkata: “Kamu yang tolak saya dahulu bro.”
Walaupun Lacazette dan Martinez terbuka membincangkan perkara itu di media sosial. Mikel Arteta pula hanya mahu menyimpan perkara itu di antara dia dan pengadil.
Ini selepas Arteta bergegas menyatakan sesuatu kepada pengadil. Beliau tidak mahu mendedahkannya kepada wartawan.
“Biarlah ia rahsia saya dan mereka [pengadil]. Saya memilih untuk terus berdiam.”
Baca juga perkembangan lain
Kad Merah Bednarek Satu Kesilapan Dan Ditarik Balik, Kad Merah Luiz Kekal